Tips untuk lelaki memahami wanita

Artikel ini terbit selepas aku memeriksa statistik keyword yang menjana trafik ke Mohd Ismail dot Net. Dari ratusan katakunci (70% berbaur lucah) yang ada, aku tertarik dengan satu katakunci yang di’cari oleh seorang makhluk Allah ini, ‘tips lelaki memahami wanita’. Walaupun hanya satu carian yang ada, ini sudah cukup membawa maksud yang ada lelaki di’luar sana sedang berusaha untuk memahami makhluk Tuhan paling komplikated — wanita.

Lelaki-lelaki sekalian, aku ingin beritahu satu rahsia besar dalam konteks pemahaman seorang wanita. Wanita tidak tahu & tidak faham akan diri mereka sendiri. Kebanyakan dari mereka tidak tahu apa yang mereka mahu sebenarnya. Dan, di’sinilah sebab’nya Tuhan menjadi Adam terlebih dahulu supaya kita boleh wujudkan apa yang mereka mahu & apa yang mereka perlu.

Kesilapan ramai lelaki dalam memahami wanita adalah apabila mereka tidak mengetahui sesuatu perkara tentang wanita tersebut, mereka terus bertanya dengan harapan akan mendapat jawapan yang tepat. Bertanya secara terus kepada tuan badan bukan satu pilihan bijak. Wanita suka menguji lelaki dengan ujian yang remeh-remeh.

FAKTA MENARIK: Kau tak akan pernah dapat jawapan yang tepat. Hari ini kau tanya, dia akan beritahu yang dia mahukan A. Esok atau lusa, dia akan kata dia mahukan B. Mereka fikir yang mereka sedang menguji sejauh mana kita memahami kehendak mereka tetapi yang sebenarnya mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka inginkan. Mereka menyerahkan tugas menentukan pilihan terbaik buat mereka kepada kita dalam satu bentuk psikologi yang agak menekankan perasaan.

Bagaimana kita sebagai lelaki mahu mengatasi perkara ini? Senang. Wanita mahu kita beri’kan apa sahaja yang kita termampu & terfikir. Jika tersilap itu perkara biasa. Memahami seorang wanita tidak ada beza dengan pengalaman menaiki motorsikal buat pertama kali. Siapa yang pertama kali menaiki motorsikal akan terus merempit? Percubaan demi percubaan akan memberitahu kita apa yang sebenarnya seorang wanita mahukan.

Dan ingat, motorsikal ada bermacam jenis, begitu juga wanita. Bezanya, motorsikal datang dengan panduan yang boleh di’baca bila-bila masa & Tuhan jadikan wanita untuk kita faham tanpa sebarang manual. Selamat hari Jumaat & kepada lelaki-lelaki sekalian, semoga berjaya.

41 Comments

hoho..entri yang menarik di pagi jumaat. Sebagai seorang lelaki, entri ini amat sesuai la ngan aku..haha..tapi kan mael, wanita tidak pernah cuba memahami lelaki. Ade ke patut bertahun aku berkawan, si dia ckp tak fhm aku. Hampeh tol la..

haa.. itu akan jadi part kedua sebagai sambungan kepada entri ini nnt =) bagaimana lelaki mahu di’fahami.. hehe..

*ko komplikated sgt ko hafifi?*

Menarek.
Tapikan, itu ke real live keywords ke atau sekadar jenaka di pagi jumaat?

real tu.. aku capture dr statistik.. ko jangan tak caya, org malaysia ni mmg itu la yg di’carik..

Berdasarkan kajian, aku tergolong dalam kalangan orang yg paling susah difahami. Dan aku mengakui itu. tetapi aku adalah orang yg mudah didekati dan mudah memahami..tp kalau nak paham pasal pompuan aku pening skit la..

aku dah cuba memahami wanita sebanyak yg boleh… huhu… tapi pasrt yg masih aku gagal faham, biarlah part tersebut, wanita itu yg ikut cara aku…

aku masih lagi mencari wanita untuk difahami..?? ada kat sini wanita2 yang sudi jadik volunteer ntuk aku fahami?? sila angkat tangan anda???

wanita mmg komplikated la mael…aku sorang lelaki dalam adik beradik aku pon susah nak memahami kaum nie.Owh..perempuan bila diorang bersatu,adalah satu perkara yang menggerunkan..Aku tau…

itulah keadilan asas kejadian menusia. fakta lelaki punyai 9 akal dan wanita punyai 9 nafsu sudah membawa maksud ke arah isu diatas!

bagaimana pun aku amat setuju dengan artikel dia atas, ada fakta! berdasarkan pengalaman hidup aku!

thanks god..
igtkan aku yg komplikated
rupenye dia yg komplikated…hahaha

buku rujukan dan panduan yang bertajuk ‘men from mars, women from venus’ (kalau tak silap) adalah info paling lengkap dan detail untuk kita memahami antara satu sama lain.

yup yup, bukan lelaki sahaja yang perlu memahami wanita, bahkan sebaliknya jua. sama-sama lah ye…

xperlu lelaki faham wanita.ia seolah2 lelaki KENA MEMAHAMI wanita
berdasarkn pengalamn aku, perkataan lelaki memahami wanita tidak ada dalam kamus aku.
ye aku seorg lelaki, ttp aku xpernah terlebih cuba utk mengenali wanita.
bg aku bila nak memahami ni perlukan pengalaman & yg plg penting, jgn anggap diri anda seolah2 “eh aku kena fahami dia ni..” just let it be. bila kita ‘just let it be’..secara otomatik kita akan dpt tau, oh dia ni itu.dia ni ini

kalau hati dh bersama, perasaan ign memahami seseorg itu..samada si lelaki atau si wanita akan dtg secara sendirinya.
;)

gud point mael, tp aku rasa agak terlalu ringkas & x padat..hehe ;p

wow! satu entri yg menarik. tips yg hebat dari seorang pencinta wanita. memberikan idea kepada aku untuk meng’handle’ makhluk yg complicated ini. caya ah bro. Selamat Hari Jumaat!

topik ni menarik.
aku lelaki dan ramai tukang komen untuk entri ni pun lelaki. so aku rasa aku nak bagi tips la kat sini…wakakaka.

wahai lelaki,
sentiasalah berfikir sama ada yang di hadapan kamu itu wanita ataupun perempuan. barulah senang untuk ko memahami mereka.

:)

aku tersenyum jelar bace entri kamu kali ni.. =)
x dinafikan..memang complicated!!??

Berhati-hati dalam mengenali dan memahami wanita, jangan sampai termakan diri.

mael.. adakah ko sedang memahami jiwa seorang wanita? ohoho.. bila nak kawen mael!

wanita sukar untuk difahami?? hurrmm ataupun aku masih tidak memahami perkataan ini

Aku memang susah nak memahami wanita dan begitu juga wanita…
Misterikah aku???
He hehe

Haha.. mmg betul ! *Wanita tidak tahu & tidak faham akan diri mereka sendiri*

setuju! *Hari ini kau tanya, dia akan beritahu yang dia mahukan A. Esok atau lusa, dia akan kata dia mahukan B.*

*actually lagi ramai perempuan dr lelaki. perempuan kan suka ‘lari’ dr office.. hahaha*

Yang aku bengang. Perempuan mahu kita memahami dia. Kita faham diorang dan macam2 kita buat pada diorang.

Tapi adakah diorang faham dan cuba faham tentang kita? Argh. wat sakit kepala je pikir benda nih..

haha.. ko anak lelaki tunggal ke? nampaknya ko akan ada pengalaman yg lebih dr kami2 kat sini dengan pompuan.. =p

yep.. pengalaman kita semua kalo dengan perempuan mmg lebih kurang je.. =)

owh.. rohaizad, kasi detail sikit apa beza wanita & perempuan? ;p konfius pula aku.. ha ha

Kebanyakkan komentar di atas dari lelaki (yang aku perasan la, kalau silap maaf.)

Mane pandangan pihak lagi satu? Adakah statement mael dibiarkan berleluasa atau akan disokong lantas memberi sedikit tips untuk erm…memahami anda?

Alo mohdismael. Bler mau online? Dh lama x chat ngan kao. Ahahha

ahak.. serious beb.. perempuan sukar untuk memahami si lelaki.. dan dia tidak akan cuba untuk memahami.. yang diaorg tahu, inginkan pujian, pujukkan dan manjaan. Serious! itu saja yang diaorg faham.. hebat bukan?

sebab mael banyak peminat lelaki :p

“Tuhan menjadikan Adam terlebih dahulu supaya kita boleh wujudkan apa yang mereka mahu & apa yang mereka perlu.”

Aku tertarik dengan kata-kata kau ni Mail. First time aku mendengarnya. Dan tiba-tiba aku terfikir pula.

Bukankah Hawa dijadikan kerana keperluan Adam? Adam perlukan teman di syurga, walaupun segala benda yang lain telah pun ada. Bagaimana Adam nak wujudkan apa yang Hawa mahu dan perlukan, padahal Adam’lah yang sebenarnya amat memerlukan Hawa.

itu kisah sebenar di’dalam syurga.. apa yang aku tulis itu lebih kepada metafora =) sebagai perumpamaan kenapa lelaki di’ciptakan terlebih dahulu..

awal kejadian Adam & Hawa sememangnya kerana Adam kesunyian & memerlukan Hawa walaupun segalanya ada depan mata.. selepas itu tertulis yang mereka berdua perlu turun ke dunia dan di’situlah bermulanya adam sebagai lelaki untuk mewujudkan apa yang Hawa perlukan..

=)

itu perlu tanya perempuan kenapa mereka sukar nak faham kita kaum lelaki yang mahu juga di’fahami.. =p

Oh, baru aku mengerti dan memang aku setuju dengan kata-kata kau. Terima kasih Mail.

Oh ya, nanti kalau aku ada masalah pasal perempuan, tolong-tolongla aku ye. :)

ish mael..aku ni xda la komplikated sgt..besa2 je..:)
aku akan tunggu part ke-2 tu..”bagaimana lelaki mau difahami”..interesting!

hmm..aku memang x reti bab wanita ni..

Owh . wanita . sangat sukar .

best nyer entry ni….

Wanita tidak tahu & tidak faham akan diri mereka sendiri.

seperti kata mael, kami tidak memahami diri sendiri..apetah lagi mau memahami seorang lelaki ;)

baca buku Allan Pease - Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Map pun membantu

nak memahami wanita ni..redah jer,,,

ko mmg best la kemukakan entri sebegini disamping pendapat dan komentar ko diatas… rugilah bagi perempuan yang minat kat ko tapi malu nak mengatakan sesuatu kepada ko, walau sekadar no telefon atau makanan kegemaran

cinta itu bagaikan kentut… ditahan resah, dilepas malu :p

setuju dengan shambie :D 100%!

Leave a Comment