Trackbacks - Apa & untuk apa?
- 42
- Add a Comment

Pagi tadi, sebelum aku ke’kelas, aku terima YM! ringkas dari Zaiman Noris, rakan sekolej matrikulasi yang kini telah bergelar web programmer bertanyakan perihal trackbacks di’dalam Wordpress. Soalan’nya berbunyi begini
Apekah itu trackback dn bgimanekah care mengunakannye dgn bijak? - zemaNoris
Okeh. Aku sendiri keliru dengan fungsi sebenar trackbacks di’dalam Wordpress. Sesungguhnya aku bukan seorang rockstar Wordpress seperti Adii. Tetapi, ini’lah rangka kerja trackbacks yang aku faham setelah sekian lama bergelumang dengan Wordpress.
Kata’kan, ada dua orang penulis blog, George & Terrence. Hari ini, George menulis satu entri berkaitan Pamela Anderson yang sangat menarik. Esok’nya, Terrence terjumpa entri tersebut & kerana minat mendalam terhadap Pamela Anderson, Terrence turut menulis entri berkaitan selebriti tersebut. Dalam entri Terrence, beliau meletakkan satu link ke entri George. Bila Terrence publish entri beliau, Wordpress yang George gunakan akan mengesan link tersebut & jika ia’nya sahih, entri George akan menyatakan entri tersebut telah di’link dari entri Terrence di’bahagian komentar atau mana-mana bahagian yang telah di’tetapkan George. Ok?
Untuk maklumat lanjut berkenaan fungsi, kegunaan dan mengoptimasikan trackbacks, aku sarankan Zaiman Noris atau sesiapa yang berminat untuk melawat pautan-pautan yang aku Google secara sukarela kerana kebosanan
- Apa itu Trackback oleh Wikipedia
- Apa itu Trackback dan patut’kah saya gunakan di’dalam blog?
- Bagaimana Trackbacks bekerja (artikel dengan visual yang bagus)
- Tutorial Trackbacks Wordpress
- Membezakan Pingback & Trackback
Bonus

Ini sebagai bonus untuk mereka yang datang hari ini, tetapi tidak berminat dengan sesuatu yang teknikal. Apple melancarkan satu kempen pengiklanan yang mana memfokuskan kepada aplikasi yang ada di’dalam Mac. Iklan di’atas, menggambarkan aplikasi Time Machine, sebuah perisian untuk back up data di’dalam Mac yang tidak membosankan seperti aplikasi back up yang lain. Dalam iklan ini, PC sekali lagi di’perbodohkan. Strategi pemasaran yang bagus untuk menanam trend pengguna PC adalah loser. Tak. Aku bukan loser. [via tuaw.com]

42 Comments
Fahmishah
January 14th, 2008
at 4:27pm
aku dulu pening macam mana nak buat tracback.sekarang tahu.huu
mijie
January 14th, 2008
at 4:27pm
ya,dulu masa aku mula2 kenal wordpress, tgk pelik lah dkt ruangan komen aku ada link ke website lain, then bila dah lama aku baru tau yg itu adalah trackback, namun baru skrg aku baru tau apakah fungsi sebenar tracback…hahahahahah
hampeh tul aku…thanks mael
KNizam
January 14th, 2008
at 6:33pm
terima kasih kerana ilmu ini. hehehe sungguh berguna :)
KNizam
January 14th, 2008
at 6:34pm
eh tadi saya ada bagi komen. naper x keluar eh?
firdee
January 14th, 2008
at 6:54pm
ooowwhh…baru ku tahu…thnx for da info :D
noris
January 14th, 2008
at 7:54pm
owh begitu. maknenye proses ini adalah automatis tanpa perlu sentuhan manusia. gitu?
tapi kan mail, mane trackback URI ko?
terima kaseh Tanya Mail!
Bonus
PC kn ade system restore. Idea ade tapi penggunaannye kurang bernas. Di Vista, Shadow Copy diintroduksikan, berguna hasil inspirasi Server 2003.
shambie adzhan
January 14th, 2008
at 8:49pm
hihi aku suka lelaki itu.. sangat geek dan comel!
yang berbaju biru itu, please~~
PeCo
January 14th, 2008
at 8:56pm
oh..sedikit konpius..perlukan sedikit info dari pembacaan..lebih dan lebih lagi membaca @_@
rasso
January 14th, 2008
at 9:09pm
Uhuhu… ako dah beralih pada Buku Mek… kau ble lagi…
go go go!
Qaiyum
January 14th, 2008
at 9:15pm
Shadow Copy Cmane Zeman?
Qaiyum
January 14th, 2008
at 9:17pm
Mac Sangat Mahal.. Aku Belum Kaya. Itu Sahaja. Huhu..
Wizurai
January 14th, 2008
at 9:52pm
bila aku perati banyak blog, mcm tu la fungsi trackbacks… dapat kesan links dari blog lain…
zaki
January 14th, 2008
at 10:08pm
aku pun sama…baru la paham apekebenda nyer benda tu
zaki
January 14th, 2008
at 10:10pm
aku tak paham la pasal bonus dan apple hijau tu…apple pie tau la…
besok kompeni aku keluar bonus la…itu tahu la
he he…
mrozaidi
January 14th, 2008
at 11:13pm
Apple? Satu Hari Nanti Akan Ku Beli..Tapi Bukan Sekarang..Mahal.Hehe..Bila Dah Kaya La..
Mohd Ismail
January 14th, 2008
at 11:21pm
wow.. mewaholeo kasi bonus berapa Zaki oi.. hehe.. ex-trainee xdpat bonus? ;p
Mohd Ismail
January 14th, 2008
at 11:22pm
sponsor aku satu Mac Rasso, aku akan sayang ko sampai bila2.. betul.. ;p
Mohd Ismail
January 14th, 2008
at 11:23pm
nama dia Justin Long.. no phone dia..1-800-Justin-Long.. ha ha ha~
Mohd Ismail
January 14th, 2008
at 11:25pm
sama2 KNizam, he he.. tatau napa, komentar ko termasuk untuk moderation. tp skang dah kuar.. peace! ;p
noris
January 14th, 2008
at 11:25pm
Ade pade properties setiap file dengan tab Previous version. System restore membuat copy secara system keseluruhannye, shadow copy hanye pade peringkat file.
Maknenye, kalau fail mail_hebat.doc kau edit sebanyak 4kali, kau boleh dapatkan semua 4versi itu. Tak gitu, mael?
Khai
January 15th, 2008
at 1:06am
oh gitu.. thanks mael.. before that aku buat x endah je ngan benda tu.. sbb ape yg aku paham, menda tu akan dijanakan secara automatik tanpa perasan bila ade someone yang link kan mana2 entri kita dalam blog mereka…
oh ye, aku pening dengan penggunaan singkatan Personal Computer (PC)… adakah Apple tidak boleh dipanggil personal computer? rasa aku lebih rela kalau ayat pc ditukarganti kepada Micro$oft windows terus.. tanpa sebarang lapik… komen mael..
PeCo
January 15th, 2008
at 1:13am
seperti juga laptop dan notebook
spesis apple dipanggil macbook
deennasour
January 15th, 2008
at 3:14am
ada terbaca artikal ni kat vangardx aka shamsul ariff,,
kalau tak silap,,
yerp sedap bila ada trackback leh naikkan traffic ke blog,,
sayang blogspot tarak ini benda~
ahib0205
January 15th, 2008
at 7:18am
a’a kat blogspot lum ada lg. so, pengguna tegar blogspot kena cari cara lain utk lbh traffict. er.. cara lbh kurang mcm trackback tarak ke? :P
syia
January 15th, 2008
at 9:18am
track back.. bagi syia bagus bende ni sebab dia meng’referkan ke site2 lain.. jadi cam komuniti link..
perr.. syia tak rase lepas syia berduit pun syia akan pkai mac.. too expensive (walaupun ada budget..) still cam x flexsibel la mac ni..
mixterr
January 15th, 2008
at 9:44am
btol tu lebih kurang komunity link la.. tp yg aku konfius adalah pingback.. kekekee
Pembebel
January 15th, 2008
at 10:16am
Hm, Ahib. Cara lebih kurang trackback orang tak cipta lagi. Apa kata ko je yang cipta? Hehe. Aku suka dapat traffic pure dengan mengomen blog2 org lain. Real gitu.
noris
January 15th, 2008
at 11:21am
mael, cite sket…
ahib0205
January 15th, 2008
at 11:46am
wargh.. lapor nk mkn ni.. satgi lah sy start reka utk blogspot punye ek.. hehehe.. anyway, love blogging :) thanks mael….
megat
January 15th, 2008
at 12:13pm
Senang jer. Memula dulu masa baru belajar blog mengunakan platform WP, selalu juga konpius
Fahmishah
January 15th, 2008
at 1:17pm
tunggu aku kaya baru aku beli
azraai
January 15th, 2008
at 4:49pm
dah berzaman aku guna Blogspot hidup jer trackback dia tu.
trackback pada blogspot guna permalink post jer tak perlu mcm wordpress kena add /trackback/ (sebenarnya tak perlu pun nih, wordpress punya WPI mmg detect dari index.php).
Google punya app mmg simple sbb tu tak sedar
azraai
January 15th, 2008
at 4:53pm
pingback ni api utk servis mcm technorati atau ping-o-matic. notify web/blog kita dah di update nnt dia datang crawl la.
syuxx
January 15th, 2008
at 6:34pm
aku dulu ingat trackback itu benda spam.
trus aku delete.
tapi itu dulu, tika di zaman jahilliah ttg WP system.
ekekeke.
rajin² lah trackbacking antara satu sama lain.
ehehe
rasso
January 15th, 2008
at 7:59pm
Ouchhhh!
leh plak mcm tu… hahaha!
eddie
January 15th, 2008
at 9:34pm
deleted
NoktahHitam
January 15th, 2008
at 9:37pm
aku rase sebenarnye orang malas nak bace manual atau wikipedia. install wordpress terus nak blog. lek2 dulu. blaja dulu sume features die. kalau tak, rugi babe. esp permalink, SEO & trackback.
NoktahHitam
January 15th, 2008
at 9:38pm
ni mamat dalam cite Accepted. slalu kuar kt Astro lately.
Mohd Ismail
January 16th, 2008
at 12:36pm
aku malu gak nak ngaku, tp aku dulu wat gitu gak Syuxx.. ha ha a h a ha
Mohd Ismail
January 16th, 2008
at 12:37pm
betul! apa yang ko tulis sebenarnya refleks utk aku gak.. maka newbie, rajin2 la bukak guide atau wiki mana2 ;p
zaki
January 16th, 2008
at 7:50pm
Waha ha haaa….ha…
Baru dapat satu bulan….nanti april dpt lah balance 3 atau 4 atau 5 atau…. Tgk performance la…
Ko nie…ex - trainee mana la dapekk…
catzer
January 17th, 2008
at 11:37am
trackback adalah sesuatu yg paling malas utk aku lakukan..ya super malas..tp faedahnya mmg masyuk