Trafik : 1 kau perlukan, 1 kau elakkan
- 21
- Add a Comment
Menjana trafik ke blog adalah satu perkara yang sangat sukar jika tidak kena pada cara’nya. Blog kau akan ketandusan pelawat jika kau hanya berdiam diri. Di petang yang mendung ala-ala mahu hujan di’sini & aku berada di’bawah air-cond bersuhu 22 darjah Celcius, aku ingin berkongsi 2 cara menjana trafik yang berkesan, 1 cara kau boleh lakukan, dan 1 lagi tidak di’galakkan oleh Google.
- Beli domain typo. Semalam, aku tertaip satu alamat Blogger yang sepatut’nya 12345.blogspot.com tetapi tertimbul 12345.blogpsot.com. Terus aku di’bawa ke satu laman yang mengatakan domain itu telah kehabisan bandwidth. Mula’nya reaksi aku, Blogger kehabisan bandwidth? Aku check kembali spelling, sah typo boleh membawa trafik yang banyak ke blog kau sehingga boleh menghabiskan bandwidth. Cuba’lah JohnCohw.com, MohdIsmial.com ataupun Loyat.com. Oh ya, agak-agaknya berapa banyak trafik yang pemilik Lowyat.com terima dalam sebulan hanya kerana kekeliruan antara .com & .net.
- Review untuk linkback. Cara ini di’gunakan oleh JohnChow sekian lama untuk menarik trafik ke JohnChow.com dengan katakunci ‘Make Money Online’. Entri terbaru JohnChow menunjukkan yang Google telah menyusun kembali algoritma enjin carian’nya yang mengecualikan link-link yang di’generate dengan cara begini. Walaupun pada hakikatnya cara begini nampak semulajadi dalam memberi trafik kepada sesebuah blog, tetapi jika blog kau memperoleh 700++ link dalam masa yang singkat, tidak’kah akan menimbulkan satu keadaan yang tidak sihat.
Cara pertama memerlukan sedikit modal, tetapi jika kau berjaya membeli satu domain yang menjadi typo yang kerap, trafik ke blog kau akan menjadi superb. Kontra’nya hanya satu, mereka yang datang ke blog kau kerana domain typo mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk pergi dalam masa kurang 5 saat. Cuba’lah cara ini dan beritahu aku bagaimana perkembangan’nya.

21 Comments
flisterz
June 1st, 2007
at 4:26pm
aku slalu tertukar ‘blogspot’ dgn ‘blogpost’.
ade ke org yg sanggup register domain typo semata-mata utk trafik? haha
nnt domain tu xde kaitan dengan content pulak.
Mohd Ismail
June 1st, 2007
at 4:28pm
itu’lah kontranya Dafi :) cara ni matlamatnya cuma satu, mendapatkan trafik.. elok untuk mereka yang bermain2 dengan Adsense… :)
Blogpost.com juga park domain.. kaya mamat yang beli domain tu.. ha ha
CypherHackz
June 1st, 2007
at 4:50pm
tengok jugak pada domainnya, kalau kau nyer hosting boleh support parked domain yang banyak, beli je domain2 yang typo nih. he3. boleh kau buat stock traffic yang banyak. tetapi tak semestinye boleh dapat traffic yang tinggi la.
dalam 1000 tu mungkin ada dalam 10-20 orang je yang silap. tapi at least dapat la jugak traffic kan? he3.
arynet
June 1st, 2007
at 4:56pm
begitu mudah.. haha.. jutawan la nanti.. thank to mael
Fahmishah
June 1st, 2007
at 6:23pm
tapi macam tak profesional la plak kan?
kira org yg masuk tu pon macam x sengaja dan kebarangkalian untuk dtg balik ke web rendah itu pon jika dia mamai.
abdfatah
June 1st, 2007
at 6:30pm
datang dan pergi silih berganti… nampak je ramai yer. tetapi hakikatnya tiada apa-apa? rugi sendiri…
Anang
June 1st, 2007
at 6:57pm
blogku pun ternyata sudah ada typonya… anangku.com… macam mana ni? padahal domain itu sebenarnya ingin saya beli… :(
zaki
June 1st, 2007
at 7:10pm
wah sejuk aircond….slow la sikit…suhu dia tu..baru traffic ok
Mohd Ismail
June 1st, 2007
at 8:19pm
dari surabaya ya Anang :) selamat datang ke sini.. he he..
anang.com tiada?
muhdzahari
June 1st, 2007
at 9:41pm
tapi pasti tidak ramai yang tersilap taip domain yang sama. mungkin ada yang blogpsot.com, mungkin ada juga yang blogpost.com..dan mungkin ada lagi domain2 baru yang wujud..haha
shadowX_19
June 1st, 2007
at 10:00pm
aku sebenarnya kurang arif dalam bidang nih.. huuh
WaWa
June 1st, 2007
at 10:30pm
aah. aku selalu gak tersalah taip “blogspot” jadik “blogpost”.
ermm.. tak paham yg no 2 tu. camne eh?
Amir Hakimi
June 2nd, 2007
at 12:53am
Saya pun kurang arif jugak dlm benda2 nie, terima kasih pd ismail krana bg komen pd blog saya td..
Wizurai
June 2nd, 2007
at 9:10am
hem, kadang² ada jugak salah typo camtu…
jd jgn guna URL …blogspot.com tp belilah .COM sendiri dan buat fowarding…
yattie
June 2nd, 2007
at 3:13pm
aku akan lebih berhati2 apabila menaip..aha.
tp cmne yek nak bagi lagi ramai visitor masuk kt blog kite n komen2..
hmm..yg dtg tgk2 je ade la..ahaaa..
Mohd Ismail
June 2nd, 2007
at 3:23pm
tulis sesuatu yang buat orang berfikir & paling berkesan, buat entri yang kontroversi.. konfem!
yattie
June 2nd, 2007
at 3:31pm
ooook..
tp agaknye mcm amik masa sket la nk post entry yg agak berat..slow2 la dlu..
entri yg kontroversi…?gud idea abg mail:)
ngah cari jalan gak ni nk cipta kontroversi..ahaaa;p
pepon..trima kasih byk2 abg mail..u’re my sifoo..
byk sy blajar kat blog abg mail nih..:)
adila
June 2nd, 2007
at 3:46pm
betul tu yati..
saya baru jer terserempak dengan blog ni…tapi terus melekat..
banyak info menarik..
terfikir dalam kepala..nape dulu tak jumpa???
Wizurai
June 2nd, 2007
at 11:06pm
yattie: berguru aje ngan mael ni…
azwanhadzree
June 2nd, 2007
at 11:55pm
tapi baik-baik tau :)
abang mail oh .. abang mail
ha..ha.. ha..
Tapi kan Mail, cara kedua tu ada kebaikannya, cuma bila dapat link terlalu cepat, jadi masalah lah… tapi kalau kau buat secara moderate, 3-5 sebulan, apa salahnya. Google pun tak kisah :)
kasyah
June 3rd, 2007
at 12:44am
Aku masih kurang faham cara kedua itu. Ya nampaknya masa untuk menggunaka google akan tiba …haha .anyway tq bro. hari2 kepala aku disumbat dgn ilmu baru