Tragedi Oktober, terima kasih Tuhan
- 47
- Add a Comment

19 Oktober 2007 - Cerita panjang di’pendekkan, rombongan kami, pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dari Kampus Kejuruteraan USM telah mengalami kemalangan paling horror yang melibatkan satu (1) nyawa manusia. Kesemua 40 orang di’atas bas yang kami naiki selamat walaupun ada yang mengalami luka ringan & trauma. Kami ketika itu dalam perjalanan ke Teluk Bahang, Pulau Pinang untuk satu bengkel motivasi telah bertembung dengan sebuah MyVi comel berwarna putih melepak yang kemudian’nya bermandi darah merah.

Perodua MyVi yang bermandi darah & pasir fire extinguisher
Dua teori yang datang dari saksi-saksi di’tempat kejadian termasuk aku sendiri;
- MyVi tersebut memotong kereta lain, tetapi tidak lepas. Aku sebagai antara orang pertama yang melihat MyVi itu datang dengan tenang’nya ke arah bas menyokong teori ini. Ketika aku sedang asyik bersembang dengan rakan sebelah, aku terpandang MyVi tersebut yang datang tiba-tiba bersama sebuah lagi kereta berwarna hitam. Kereta berwarna hitam itu sempat mencelah masuk dan malang buat MyVi tersebut kerana tidak sempat berbuat apa-apa.
- Pemandu MyVi itu mabuk & makan jalan. Aku tidak merasakan begitu kerana sewaktu kejadian, jam menunjukkan jam 4.xx petang, tidak berapa logik jika ada individu yang mabuk siang-siang hari di’waktu pejabat. Tapi, siapa tahu bukan?

Pandangan sebelah pemandu yang remuk & menipiskan peluang untuk hidup
Syukur kepada Tuhan, kami di’dalam bas tidak mengalami sebarang kecelakaan yang besar secara individu. Pemandu bas kami juga tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius. Kami, semua, bersimpati dengan keluarga mangsa yang terkorban di’dalam tragedi ini. Isteri kepada pemandu MyVi ini di’katakan pengsan selepas menerima pengkhabaran tentang kemalangan yang meragut nyawa suaminya. Ingat’lah orang tersayang. Ingat’lah!

Keadaan bas yang remuk & cermin hadapan sudah melayang

Sebahagian dari mangsa kejadian yang masih dalam keadaan terkejut
Nazirah, yang aku tanda’kan dengan arrow berwarna merah mengalami luka dalam di’bahagian dagu dan menerima empat(4) jahitan di Hospital Pulau Pinang. Khonisah (arrow biru) mengalami lebam yang agak dasyat juga di’bahagian dagu. Tiada jahitan yang di’terima, tetapi lebam itu agak membimbangkan.

Wartawan entah dari mana sedang mengorek cerita
Wartawan, manusia dahaga berita & cerita, seperti biasa adalah kelompok terawal yang tiba di’tempat kejadian selain pihak bomba, polis & hospital. Oh ya hospital! Di’situ baru aku tahu, ambulans pertama yang datang ke tempat kejadian adalah milik sebuah private hospital yang kemudian’nya berlalu tanpa melakukan apa-apa kerana mangsa telah terkorban. Damn! Kejar duit je private hospital ni.

Esok’nya, aku & Eka telah keluar sebagai gambar utama kejadian di’Harian Metro Sabtu dan ada sumber mengatakan juga di’beberapa akhbar berbahasa Cina yang lain. He he.

47 Comments
ali sihatsokmo
October 23rd, 2007
at 2:33pm
kau ni memang gila glamour la mail, tergamak kau melintas depan kameraman harian metro masa dia nak ambik gambar kemalangan tuh.
pemandu myvi tu memang berani mati, bawah jambatan tu pun dia nak motong, nasib baik la sempat juga dia beraya.
ape2hal pun mujur kau selamat, kalau tak sunyi sepilah blog ni.
Mohd Ismail
October 23rd, 2007
at 2:44pm
err.. lupa nak mention, driver MyVi itu berbangsa Cina… :) he he.. alhamdulillah aku selamat… in fact, aku tidak mengalami apa2 effect negative dr kejadian ini.. syukur..
mixterr
October 23rd, 2007
at 2:44pm
alhamdulilah ko selamat.a’aah ko mmg betollah gile glomour saje je nak berjalan depan kamera bukan.. hehehe
Mohd Ismail
October 23rd, 2007
at 2:50pm
ha ha ha… bukan2.. kebetulan aku lalu, kamera datang berduyun2, aku kan fotogenik… ha ha..
chot
October 23rd, 2007
at 3:08pm
apsal lambat sgt dikeluarkan berita ini..lg best ko keluarkan entry ni sebelum keluar paper metro esok hari..hehe
oliver
October 23rd, 2007
at 3:13pm
huhu glamer2..skul kejuruteraan kimia usm juge glamer….err mael yg ambulan tu bkn gle duet..tp biase la kalo kemalangan yg melibatkn kematian di tmpt kejadian, hal nh dserahkan pade pihak polis..sbb da jadi kes polis.. so xsesuai nk kate pihak sepital tu gile kn duit..:-)
Bat
October 23rd, 2007
at 3:16pm
Erk…Alhamdulillah kau selamat Mael…huhu..
megat
October 23rd, 2007
at 3:31pm
alhamdulillah ko selamat mael. patut la aku tgk gambo kt paper tue cam kenai!?
musnaz
October 23rd, 2007
at 3:51pm
Mak aih! best giler entry ni mael! mula-mula suspen bukan main…. akhirnya, glamor masuk paper…. apa-apa pon, pengajarannya ada 2; bersyukur selalu dan berhati2 di jalan raya, yeah!
P.s: mael, alang-alang dah masuk paper tak promote blog ko sekali kat wartawan tuh?
“tragedi melibatkan antara myvi dan bas yang membawa pelajar usm antaranya En. Mael (www.mohdismail.com)…. bla bla bla….” he he….
od3n
October 23rd, 2007
at 4:12pm
tazkiah untuk mangsa2 kejadian. syukur kepada yang selamat. nie masuk ops statik x??
angel_baik
October 23rd, 2007
at 4:23pm
ptt ler kecoh kat opis bas usm xcident… tak ku sangka, kau rupanya mangsa kejadian….. motivasi atas jln sahaja lah nampaknya kalian… motivasi yg sungguh berkesan beserta contoh yang jelas.. berhati-hati di jalan raya..
mrozaidi
October 23rd, 2007
at 4:52pm
Syukur…Kena Wat Pengajaran Ni..Jangan Terlalu Gembira…Kena Doa2 Selalu Supaya Slamat Sejahtera Hidup…Kena Baca Doa Perjalanan Jugak Ni..Teladan,Teladan,Teladan Ni..
rasso
October 23rd, 2007
at 5:10pm
Huh…
mujur ko selamat…
Rjuna
October 23rd, 2007
at 5:54pm
Selebriti kemalangan, Metro hari sabtu, ok nanti balik aku check hehe, nasib baik takder penumpang bas yang tercampak ke depan, teruk gak bas USM ko,
ko tak ambik gambar driver myvi tu? selalu gambar camtu la yang orang inginkan, lihat kes Nurin (gambar post mortem) hohoho
Wizurai
October 23rd, 2007
at 6:21pm
ni Metro versi utara je ke yg ada?
apesal Metro kat rumah aku xde berita ni?
Fahmishah
October 23rd, 2007
at 7:01pm
alhamdulillah engkau dan yang lain selamat tetapi malang buat pemandu itu.
zaki
October 23rd, 2007
at 7:21pm
kejadian macam ini lah yang patut kita reflect balik erti kehidupan. At least pada masa tu dan beberapa hari lepas tu, kita akan sedar dan appreciate hidup….
salimonz
October 23rd, 2007
at 9:18pm
Alhamdulillah selamat
AfzaiAfandi
October 23rd, 2007
at 9:33pm
Apa yg dapat aku simpulkan daripada tragedi oktober ni selain daripada menyeru kita semua sentiasa berwaspada dan berhati2 di jalan raya sebenarnya disebalik kejadian itu, mohd ismail menjadi lebih terkenal…
abdfatah
October 23rd, 2007
at 10:28pm
nape tak posing lebih2? ada baiknya masa tu hang pakai t-shirt bertulis mohdismail.com tambah lagi kegemilangan dan kefemesan yang berganda…
apohalpun alhamdulillah semuanya selamat. moga perjalanan selepas ini mendapat lindungan dan rahmat Ilahi… amin
charger_joe
October 24th, 2007
at 1:22am
Syukur lah anda selama..kalu tak tarak lagik posting kat sinih…tak meriah dunia bloggers Malaysia…Tulah kpd para bloggers, encik su harap berhati - hati lah di jalan raya…Bile nak memotang pastikan betul2 yakin selamat…akhir kata ingatlah org tersayang….
charger_joe
October 24th, 2007
at 1:24am
Btl tu encik Ismail jadik selebriti..mungkin wartawan mastika akan menemurah beliau.
beckzaidan
October 24th, 2007
at 8:59am
dude, kalau ko cpt, gambar yg ko amik ni boleh jual kat paper la… siap ko leh kasik butir kemalangan lagi. demmit.
apa apa pun, syukur ko selamat. aku rasa, pemandu malaysia terbawa bawa aksi impak maksima, apatah lagi, baru baru ni, musim F1 baru tamat. itu la bahana jika pikir diri sehebat kimi raikonen.
inilah sbbnya kenapa ayah aku tidak kasik aku bawak kereta. kerana aku punya split personaliti yg membimbangkan bila aku memegang stereng keter…
musnaz
October 24th, 2007
at 9:59am
oh…. lagi satu…. saya ada satu hipotesis…. mana-mana kemalangan yang berlaku salah satu punca utamanya ialah pemandu atau salah seorang ahli dalam sesebuah kenderaan tak baca doa naik kenderaan.
.
Yang pemandu myvi tu kompom la tak baca doa. Yang dalam bas tu pulak macam mana…? Mael… ko ingat tak samada ko atau member ko ada baca doa naik kenderaan atau tak? hmmm….. sekadar hipotesis…… tak sampai tahap teori lagi….. he
vangardx
October 24th, 2007
at 10:28am
huhu..syukur kerana yg dalam bas tu terselamat..berhati2 la slepas ni :D
Noorizam Shah
October 24th, 2007
at 10:55am
apsal aku tak jumpa pun berita nih???
Qaiyum
October 24th, 2007
at 1:57pm
Mak Aih. Brutalistik Abes.. Ha.. Oleh Yang Demikian Sentiasalah Beringat Bahawa Maut Sentiasa Mendampingi Kita. Ui. Cam Final Destination Lak.
Mohd Ismail
October 24th, 2007
at 6:44pm
oh ya? kalau ko boleh bawak kete, kat Penang tu hati2 la Beck oi.. aku yang tak selalu ke Penang ni pun, naik seram kalo memandu.. orang Penang bawak kete tak fikir orang..
heh.. aku terputus hubungan dengan dunia selepas kemalangan.. aku di’campak entah ke pulau mana.. ha ha..
Mohd Ismail
October 24th, 2007
at 6:45pm
sebab aku rasa, berita ni kuar untuk Harian Metro edisi Penang.. tp ade orang kata muka aku kuar TV gak.. ade nampak? ha ha
mijie
October 24th, 2007
at 6:49pm
syukur mael, penumpang dalam bas terselamat, dan dari apa yg ko tulis, aku dapat mengagak si driver tu nak cepat ataupun sajer nak test power myvi, so leh la dia cucuk…
kete depan tu…tp malang menimpa, cucuk tak lepas dan ajal menjelma
Mohd Ismail
October 24th, 2007
at 6:50pm
aku rasa kalo pemandu tu tak mati pun, still polis akan campur tangan.. ini aku rasa bukan soal pihak mana yang lebih sesuai.. ini lebih kepada tanggungjawab sosial.. ye tak? :)
Mohd Ismail
October 24th, 2007
at 6:51pm
anehnya mus, takde sorang pun wartawan yang datang interview aku.. ha ha.. diaorg mmg tak suka aku kot.. lantak! janji aku masuk print…
Mohd Ismail
October 24th, 2007
at 6:52pm
gambar pemandu yang mati tu? ha ha.. ade, ko nak ke? bahaya tu masuk sini.. nnt kene condemn aku..
Mohd Ismail
October 24th, 2007
at 6:53pm
yep Zaki.. masa tu mmg aku betul2 bersyukur sebab kami takde apa2.. dan aku bayangkan, jika bas itu masuk gaung ke.. hape ke.. mmg habes la aku..
Mohd Ismail
October 24th, 2007
at 6:55pm
mungkin.. kalo gitu niat dia, ingatlah jalan raya bukan tempat untuk mencari pussy.. kan Beck kan?
Trojan
October 24th, 2007
at 7:38pm
alhamdulillah..tak de pe2 terjadi!!
khai
October 24th, 2007
at 9:59pm
apesal aku baca cerita pasal kemalangan ni cam happy je plak.. hahaa.. jahatnye aku.. ngee..
neway mael, bagus la ko tak ape ape.. awek2 cun yang luka2 kecil tu, bawak la gi jumpe doktor khai.. beliau leh ubat mana yg sakit.. hahahaha…
neway bus tu sape nak ganti rugi? habis lagi duit kerajaan dek kerana salah cina mabuk….
musnaz
October 25th, 2007
at 10:28am
jangan risau khai, ko tak jahat… aku rasa, sesapa yang baca entry ni mesti akan hepi punye lah, InsyaAllah…. :)
Kumprinx
October 25th, 2007
at 1:26pm
daymm.. masuk suratkhabar!
catzer
October 25th, 2007
at 5:58pm
argh..publisiti meluas giler…huhuh..aku dah baca paper.nasib baik ko selamat,lekas tulis surat wasiat :) aku mahu akaun GA kau..muahahahahha
Mohd Ismail
October 25th, 2007
at 6:07pm
cis! doakan aku mende2 pelik..
musnaz
October 26th, 2007
at 8:03am
bukan tak suka kat ko…. tapi takoootttt….. he he
azwanhadzree
October 26th, 2007
at 7:57pm
aku lebih gerun dengan pemandu Penang. aku rasa pemandu dari KL lebih berhemah walaupun macam sial.
Alhamdulillah kau dan rakan-rakan kau selamat.
senyuman
October 28th, 2007
at 11:53pm
peh, gerunnye mail aku tgk gambar eksiden tuu…ko leh lak promot populariti pasca kemalangan bas itu.hahaha
papepun takzaiah kpd keluarga mangsa, dan Alhamdulillah ko slamat.kalo x, xdpt ku lihat blog inspirasi ku.hahaha.
hafreze
October 29th, 2007
at 1:55am
ekceli..bukan hospital private tue kejar duit..masalahnya..biler org terkorban..dieorg tk buleh buat ape2..itu dh jadi kes polis..psl..polis nk rekod sume bende tue..tmpt kejadian sume..kalau still bernafas..mmg die selamatkan..harap maklum
BAGAK
October 29th, 2007
at 8:14am
Ust Mael,
Boleh berikan doa naik kenderaan untuk kami semua…
marshallqai
November 2nd, 2007
at 12:32pm
salamz…
warga sg besar, selangor ucapkan syukur ko selamat
sebab dia antara calon adun kawasan sg besar pekan n02…hehehehehe
adun yang pandai buat duit..ko bukak siber kape kat sg besar neh..
apapun nanti balik ko kirim gmbr2 tu ek..nak gak aku tgk2 dgn kaum kerabat sg besar..hahahaha