Tudung Siti Nurhaliza

Bila keluar cerita Siti Nurhaliza memakai tudung dari mulut kawan-kawan, aku mula membayang’kan manis’nya seorang Siti Nurhaliza dengan tudung terlitup penuh.

Lepas aku lihat gambar’nya di Harian Metro tempohari, tudung yang di’kenakan oleh Siti Nurhaliza aku anggap fesyen semata-mata. Bukan’nya kesan dari ibadah haji yang beliau lakukan baru-baru ini.

Lebih parah lagi, beliau mengeluarkan kenyataan yang berbunyi;

Insya-Allah buat masa sekarang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk Bernard Chandran. Saya ada beberapa lagi koleksi tudung sama. Rasanya ia sangat sesuai - Siti Nurhaliza, Harian Metro

Buat masa sekarang? Siapa mahu bikin jangkaan awal, berapa lama’kah masa yang akan di’ambil oleh Siti Nurhaliza untuk merasa bosan dengan koleksi tudung Datuk Bernard Chandran & sekaligus menamatkan edisi memakai tudung syarat-balik-haji?

Nota Pendek: Siapa ada simpan gambar Siti Nurhaliza bertudung warna oren kira-kira 5 atau 6 tahun dulu? Aku nak.

Terima kasih kepada Mr.Firdee, gambar di’bawah adalah gambar Siti Nurhaliza bertudung yang aku cari, manis & ayu seperti layaknya seorang gadis Melayu terakhir.

53 Comments

Entah La.. Rasanya Lama Kot..Tapi Tak Tutup Habis..Sama Jugak Dengan Tak Pakai Tudung..

Salam… Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1429

kecewanya aku tgok datin sri siti nurhaliza ni….aku da terbayang da muka die yang agak ayu ala2 gadis melayu terakhir……kecewanya…

yg reka tudung Siti pun pereka fesyen terkenal… aku rasa ia fesyen semata²… bukan kesan dari ibadah yg dia lakukan… sebab Siti kata, dia masih lagi penyanyi dan penghibur…

dua jenis org je yg memakai tudung ’style’ mcm tu..mak datin dan org melawat ke kubur…hehe
oh ya salam maal hijrah mail..

ini adalah antara kesan sampingan bila berkahwian dengan orang tua .. opppsss hehe

Takpelah ..Mungkin akan terbuka juga hati memakai menutup mahkotanya…
Harap2 lah..

Sememangnya Artis Tidak Boleh Menjadi Idol Untuk Merangkumi Semua Aspek. Jika Namanya Artis. Hanya Ke Bidang Artis Sajalah Pandangan Kita Kepada Beliau. Jika Kita Inginkan Idol Demi Kesejahteraan Masyarakat. Carilah Mereka Daripada Kalangan Bangsawan, Karyawan Mahupun Pejuang Masyarakat.

p/s : Mael Terkenangkan Peristiwa Dulu Ke? Huhu..

At least, ada lah perkembangan positive ke arah nak bertudung…walaupun belum complete ….InsyaAllah kita doakan dan harapkan dia pakai tudung yang lengkap…

itu doa sesama Islam

Rasanya tak releven la statement tu…
Takde kena mengena kawin ngan orang tua versus pakai tudung cam tu

itu la.. ingat tak masa siti ngaji kat astro itu hari.. fuh mentarek hati..

err.. siti nurhaliza mak ape eh? dia dua2 title ade.. mak datin seri & mak datuk? ;p

*salam maal hijrah gak chot*

sama2lah kita doakan Zool oi.. manis sebenar cik siti kita ni bila bertudung.. :)

ye kot.. dulu aku ada poster gambar dia bertudung oren tu, tp hilang dek kerana dia kawen ngan datuk k.. ha ha

*sekang aku nak gambar tu balik, xmo gambar tudung sekerat2 ni*

aku bkn nk komen ape…tp siti pakai tudung mcmnih..serupa die tak yah pakai tudung…nk kata aku tak minat…minat gak kat siti..tp sedih psl die pakai serupa kebanyakan datin2 kat Malaysia..nmpk sgt die hipokrit dlm bab bertudung…sedih2;(

Anyway..Salam Maal Hijrah…

wahai cik siti, alahai.. apekejadah pakai tudung macam tu? ape bodoh kau ni balik haji tapi pakai tudung macam tu..

aritu datang limkokwing university.. tudung itu dan itu jugalah cara pemakaiannya.. alahai…. siti oh siti…

pakai tudung disponsor berjuta-juta sekalipun la harganya, lagi bagus makcik jual sayur kat pasar yang beli tudung harga RM5 tu tapi pakai tudung complete.. x de rambut nampak…

ikutkan hati nak je ku sumpah2 kan lagi.. tapi inikan blog orang.. hakhaks..

peminat siti jangan marah aaa… marah pon, who cares?

ha3, theme baru lagi :P
Siti Nurhaliza, tak pandaikah engkau memakai tudung dengan betul? Kalau betul pun, kenapa perlu fesyen yang jarang-jarang?

Hai..Apapun 11/1/..Merupakan Harijadi Siti dohh..Selamat Hari Jadi la Kat siti..Semoga Hajat itu dikekalkan sepanjang nyawa di badan..Selamat²..

ha’ah.. aku lupa plak harijadi dia arini.. selamat hari lahir la ye siti nurhaliza..

*kot2 la dia terbaca blog ni* ha ha

Oo.. Poster Tu Dulu Ko Lekatkan Di Loker Kan? Hehe..

Selamat Hari Jadi Jugak!! Blog Ko Ni Kan Glemer Mael. Sure Dia Jumper Punyerla Kalau Dier Taip Word “Siti Nurhaliza” Kat Google.. Ye Tak?

Harap begitu la..Bila lak dia nak beranak ni..Lambatnye proses..Hehe..Usik Siket..

Ye Ke..Peminat setia la..

Slamat Hari Jadi Siti.. Ala.. Blog Ko Ni Glemer Mael. Sure Siti Tau Punyerlah..

Entahla. Bila la nak tutup habis. Tak kesahla. Lantak dia la. Dato K pun tak bising. Kita apatah lagi kan? Bukan sape-sape pun..

mmg menghampakan sbb balik² je gaya tudung yg tok T kenakan ni mcm just letak kain kat atas kepala sikit je…saya pon dah bayangkan dia akan pakai mcm yg dia pernah pakai tudung oren tu…mmg ayu…

mael…gambar ni ke yg ko nak???…http://i55.photobucket.com/albums/g129/firdee/ct78.jpg

a ah kan…hari jadi dia…masa jadi peminat FANATIK dia dulu x penah lupa pon…huhhuuu :P

mael…saya ada post gambar ct bertudung litup oren kat blog saya…gambar tu ka yg ko nak?…

salam maal hijrah..mari kita brubah menjadi lebih baik!!

hari ni radio era dok time calling2 wish birthday siti. Aku nak dgr lagulah..

pasal kain tudung tu, aisey itu mmg trend tudung mak datin. :P

Kau agak2 bile die akan ada anak? Nak gak tengok anak die. HU3.

ye betui tu.. trend tudung mak datin.. tapi nak buat cam mana kalau dia nk tutup gitu je.. kalau peminat bising2 pun if dia nak pkai cam tu.. x leh buat pape ;)

hang pon lupa nak renew domain ka mael?

macam lupa la tu…tapi yang penting dah berez dan dah boleh masuk balikkk….

owh, kembali jugak blog ni…

hm… aritu expired domain? anyway pasal siti tu, enggak bisa komen lebih2. tu semua ujian :)

apa2 pun usaha nk pakai tudung tu dh ada. tinggal nk betul2 jek. aritu respect gak tgk dia masuk tv pakai tudung. tp usha betul2 pastu nampak leher da..

yeah.. aku kembali untuk terus menendang (kick) ;p

*wizurai, tgu e-mail aku*

ha.. tang nampak leher tu yang tak berapa sedap sebenarnya :p pakai la molek2, apa salahnya.. gambar kedua tu tengok, manis gila!

Datuk Bernard Chandran ke yg reka? biar betik ct.mcm la da xde org islam yg nk reka kn? ptt la xkene semacam je tudung tu,bkn utk tutup aurat..fesyen.tujuan asal bertudung pon da xkene :(

nampaknya perkembangan siti nurhaliza mengenakan tudung ini lebih kepada fesyen bertudung Benazir Bhutto

Aku dengan mak aku dok debat. Siti pakai tudung tak masa balik. Aku cakap 100% mustahil. Mak aku marah..tak baik cakap gitu..

Ler..bukan aku ada hak nak persoal bab haji dia atau apa. Tapi dia baru kuar album. Takkan nak pakai tudung kot?? Tak logik kan? Sebab, kalau Dato K, kata wajib pakai tudung. Siti mesti pakai. Wajib ikut perintah Suami. Kalau tak, jadi isteri derhaka.

Erk, cuba tanye siti balik. Rukun haji ada berapa?? Dia dapat jawab tak? Soalan bonus nih..

So, aku tak tau bila dia akan pakai tudung. Hanya dia je yg tau. Dato K pun aku rasa dah fedup bende2 camni. Besabar jela jawabnya. Semoga hatinya terbuka nanti..

huh, nampak btul perbezaan antara siti yang riak dengan siti yang rendah hatinya..huhu

sape yg xbace blog ko mail. adek aku pun bace.

quote : “Saya ada beberapa lagi koleksi tudung sama. Rasanya ia sangat sesuai - Siti Nurhaliza,”

alahai, macam bangga lak dia Datuk Bernard Chandran yang reka. ‘Siapa yang reka’ pon dah tak kena!

ku harap jangan jadi mcm ogy udah lah..maap la kpd pro-Ogy ni..aku agak tak berkenan ngn cara dia memula tutup penuh, pas2 bukak cket, nmpk tlinga..nmpak leher lak..hurm..

mak datuk datin seri. :)

yang penting niat mesti mau baik!

siti memang manis kalau bertudung, dan sangat ayu…

xpelaa hopefully pasni tergerak hati utk full tudung ..or ..ada gak perubahan..jgn pasni trus bukak aa…tudung tuh..

Aku Tambah lagi komen yang dah ada. Ahah ! Kita sama2 muslim patut kita doa bbanyak agar siti tutup seluruh rambut. kalau pakai purdah lagi comel..Ahah!
Perubahan takkan datang mendadak kcuali ada kejadian yang betul2 menuntut untuk kita berubah.
Sepatutnya kita menyokong orang2 yang ingin berubah seperti ini agar mereka rasa perubahan mereka itu nanti ada hikmahnya. Tidak patut kita kritik sebab dengan kritikan kekadang membantutkan usaha untuk berubah itu.
Tuhan punya kuasa!

aku suspek…sehingga bernard chandran dah abis idea..

“memakai tudung mengikut fesyen/trend adalah kool”. tegas Siti Nurhaliza dalam Website rasminya.

Memakai tudung adalah suatu kewajipan sama macam sembayang! X boleh excuse2 lagi!! ape itu penampilan sekarang? tak tau hukum ker? Wajib la..WAJIB!! FAHAM!! (hehehe..marah ni, bukannya apa, kenyataan artis ni kadang2 boleh merosakkan akidah, bukan hanya untuk diri dia tp juga kepada masyarakat!)

hahaha. it’s a starting point la konon. u know she got her standard and all. and those tudung bernard chandran… nice. i love. i mean, i like them for the fact that it’s bernard chandran. but biarlah dia. it’s her way. we all have our point of view and somewhat we dont seem to like things about others. so let OPINION be told. bukan truth be told. thnks.

oh yes it is indeed. org pakai tudung dgn stylo skung memang cool.