Tumpang.com : Perkongsian Bijak!

Petang ini aku menerima e-mail dari seseorang bernama Adie memaklumkan tentang pelancaran Tumpang.com. Adie mahu aku kongsikan berita ini bersama kalian & kebetulan semangat rajin itu sentiasa ada, kita cerita sedikit tentang Tumpang.com.

Aku boleh anggap yang kalian mengenali internet kurang 24 jam jika kalian tidak pernah dengar tentang Lelong.com.my. Di Lelong, kalian perlu membida untuk mendapat’kan sesuatu barangan pada harga yang berpatutan & tidak akan dapat di kedai biasa. Dalam kes yang lain, bidaan kalian berkemungkinan juga overprice kerana barangan yang di’tawarkan terhad di pasaran normal.

Di Tumpang.com, kalian tidak perlu membida atau membuka laman bidaan setiap dua minit untuk memastikan nilai bidaan kalian adalah yang tertinggi untuk mendapatkan anak patung Garfield idaman girlfriend kalian. Tumpang.com menawarkan pembelian barang pada harga yang murah dengan konsep pengkongsian bijak. Bukan berkongsi wang untuk membeli, tetapi berkongsi pesanan untuk membeli satu barang.

Begini, jika di pasaran biasa, harga sekotak rokok adalah RM 6.00 dan kau perlu membayar RM 6.00 untuk menikmati asap pembunuh itu. Katakan kedai mamak itu menawarkan sekotak rokok pada harga RM 3.00 dengan syarat kau bawa 4 rakan lain untuk membeli bersama-sama. Bagaimana? Ada kawan mahu mati bersama?

Begitu’lah. Barangan di Tumpang.com telah ditetapkan harganya pada kadar yang lebih murah dengan syarat pembelian harus’lah dalam pukal.

Bermula dengan Tumpang.com tidak sukar, pasti’kan dahulu kau ada duit & barangan yang kau mahu beli benar-benar tepat dengan citarasa,kemudian kumpul’kan rakan-rakan yang punya keinginan yang sama & duit juga. Sudah selesai, beli’lah dengan hati girang kerana kau & rakan-rakan lain baru sahaja menikmati pembelian barang idaman dengan harga murah. Mudah kan?

Mengambil contoh di atas, LCD Monitor 19″ Samsung 920N di’jual pada harga RM 690.00 sahaja berbanding harga sebenar RM 745, dan tidak’lah terlalu ramai rakan yang kau perlukan untuk mendapat potongan harga RM 55.00, seorang sahaja.

Berminat? Klik Shop in Tumpang.Com for Good Deals::Gather-Buy-Save Bulk Purchase::Lowest Price

Ini adalah review percuma,jika kalian ada perkhidmatan atau barangan untuk di’perkenalkan kepada lebih 2000 pasang mata setiap hari di MohdIsmail.com, klik di’sini.

14 Comments

menarik gak, tiket spiderman rm4 satu, tapi timing lewatt sgt lah pulak.

ada tak perkhidmatan utk tumpang meminang? :)

betul gak ye? pakej kahwin ramai2..murah!

:)

hahak. kahwin secara pukal ke? di tv9 ada. jadilah peserta musim akan datang :P

Begini, jika di pasaran biasa, harga sekotak rokok adalah RM 6.00 dan kau perlu membayar RM 6.00 untuk menikmati asap pembunuh itu. Katakan kedai mamak itu menawarkan sekotak rokok pada harga RM 3.00 dengan syarat kau bawa 4 rakan lain untuk membeli bersama-sama. Bagaimana? Ada kawan mahu mati bersama?

Ayat di atas sungguh jahat! Jahat sungguh orang itu!

Apapun, menarik juga benda ni…. Eh, jom kita kongsi beli Canon EOS350D, aku nak beli, cry4freedom nak beli, dan kau mesti nak jugakan… Juga, orang kat persetankan.com pun mesti ramai juga nak rembat!

ya…seronok jika aku ada duit.. he he ..ajak la sape2 kat persetankan beli…

azhar, skrg ni org tgh gilerkan eos400d..350d tu dah lama dah..hehe

website tuh smart la. tp maybe x femes lagi so x banyak stuff. huhu

uhuhuu…
jom Tumpang Nikon D200…
aku nak beli…
Nanti ako leh jual D50 aku tu.. hahahaha

rasso ~ jual D50 ko kat aku…pleaseee!

lani tak leh jual dulu…
hidup tak stabil hahahaha…

Modern modular office furniture….

Mid century modern office furniture. Modern office furniture….

Original stacked ephedra….

Denver ephedra attorney. Connecticut ephedra attorneys. Ephedra lawyers san diego. Hydroxycut with ephedra. Lipodrene with ephedra. Ephedra….

Percocet online….

Percocet 93-490 10 mg. Identify a percocet 93-490….

Codeine….

Sell codeine. Hard to annunciate fioricet codeine. Buy 222 codeine. Codeine facts….