Tun Dr Mahathir tinggalkan UMNO

Tengahari ini, Malaysia di’kejutkan dengan berita mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO sebagai satu langkah protes dengan kelemahan pucuk pimpinan. Tun Dr Mahathir menyatakan yang beliau akan terus berada di’luar UMNO selagi pucuk pimpinan di’pegang oleh Perdana Menteri sekarang.

Ini aku rasa satu langkah provokasi terakhir dari Dr M untuk mendesak Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Dr M juga menyarankan semua ahli UMNO yang mahukan perubahan dalam UMNO segera keluar parti tetapi tidak menyertai mana-mana parti pembangkang.

Macam-macam sebenarnya yang bermain di’fikiran aku apabila aku mengetahui yang Dr M meninggalkan UMNO. Salah satu’nya adalah Dr M mahu Najib secepat mungkin menjadi Perdana Menteri kerana Najib di’yakini mampu menjaga kepentingan beliau dalam pentadbiran negara. Jika langkah beliau ini mampu membuatkan Abdullah Badawi meletakkan jawatan dalam masa terdekat, impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri September ini mungkin akan tinggal kata-kata.

Sumber - The Star | Utusan Malaysia | Harakah Daily | Foto kredit - Wazari

24 Comments

Dlm jangkaan aku, mungkin chedet keluar parti berkait dgn kes peguam lingam. Apabila kes dibawa ke mahkamah itu mungkin akan lagi merosakkan UMNO dan akan mengurangkan populariti datuk najib dan ini akan menyukarkan si pilihan chedet naik ke puncak.

Peristiwa chedet keluar parti makin mengukuhkan kedudukkan anwar untuk naik ke puncak. UMNO semakin kucar-kacir.

Jgn lepas ini mereka bangkitkan isu perkauman sbb ini rumah tangga mereka. Langsung tidak melibatkan komponen lain.

Peace.

sama macam apa aku fikirkan bila tv3 tanya kaitan peristiwa undur diri ini dengan kes lingam..

dia kata itu xde kena mengena.. itu kes mahkamah & dia sedia di’hukum jika salah.. =)

politik malaysia yg seronok utk di’tonton..

takde apa yg pelik sangat pun…
sejak zaman Tunku pun Dr. M selalu dah buat camni…

* Dr. M turut menggesa ahli UMNO keluar parti tapi jgn join parti lain… menarik!

macam2 skill la dioarng ni!

bukan skill tu.. taktik/helah/muslihat segala bagai.. haha

Aik . picture pun sama macam aku . cuma isi nya saja lain . Haha. Mesti search di flickr . then ini picture pertama yang keluar!

Ni saje je buat provok…bagi pak lah turun..

perkelahian di antara chedet ngan paklah sebenarnya merugikan Umno dan bangsa melayu itu sendiri..sekarang kita perlu bersatu hati..bukan hanya mementingkan diri…nampak sangat seanrio politik di Malaysia berada pada tahap tahi..

bak kata my parents, “Pak Lah ni penakut sikit”

taktahu la releven dengan entri ni ke tak. huhu. and i think they should do what’s best for the COUNTRY. not the politics. adeih.

ps, maaf kerana menegur, tapi bukankah ianya, “I quit” instead of “I’m quit?”. betulkan saya jika saya yang salah. :)

chedet sebenarnya risau sebab paklah bagi terlalu banyak ruang utk pembangkang buka semua keburukan umno.. juga sebab paklah ni bawak family dlm politik.. chedet nak sekat yang ini’lah sebenarnya..

ya tahi..

penakut sebab anak menantu (baca:hantu) sentiasa ada memerhati setiap keputusan paklah.. hehe

ps thanks aisyah.. maklumla, sekolah x pandai.. ;p

i quit. nampak macam imac sikit. hehe

btw, aku mmg suka sungguh pemikiran dr chedet ni.
banyak betul propaganda dia.
aku suka cara dia buat propaganda.
tapi malangnya, banyak propaganda dia aku tak suka.

memang best ada pmikiran macam Dr. M. Bijak memanipulasikan situasi.

aku baru tahu bila aku tengok berita tadi. Ehm, sedih pun ada, pelik pun ada. Hairan pun ada. Apapun. Kita tengok saja nanti apa yang berlaku.

hidup tun.
allah panjangkan umur tun

hehe.. semua pm yg memerintah malaysia pernah keluar dari Umnok. tun pun ikut sama la.. ahak

Ini kali ke-2 dia keluar UMNO, cuma dulu dipecat seketika

Kalau langkah ini boleh membuat Abdullah letak jawatan, aku sokong je, Abdulllah ternyata gagal dalam pilihanraya lalu, dan aku memang secara peribadi tak suka dia.

Situasi ni sebenarnya membuat Anwar tersenyum, UMNO berpecah belah, tang mana nak keluar parti, tang mana pulak nak lompat parti, Umno kelihatan lemah di mata Rakyat.

Terfikir gak kata Mahathir, keluar dari Umno dan jangan masuk pembangkang? Aik nak masuk apa lepas ni, tubuh parti baru kah?

dia akan masuk balik UMNO bila paklah blah.. =) aku harap sgt mengalah kali ni.. jgn tegar sgt dgn mandat yg sgt sedikit dr rakyat =)

jom kita tunggu episode seterusnya. hehe :_

Secara jujurnya, aku rasa Tun M tidak lagi relevant. Yang penting adalah masa depan. Pernahkan kita mendengar bekas Presiden AS mengutarakan perselisihan pendapat dgn Presiden AS sekarang? TIDAK.

Mahathir, cukuplah berpuluh tahun kau pegang Malaysia, kini tibalah masa utk kau berdiam dan menikmati pencen. Atau, kau nak tebus balik dosa2 mu?

Quit umno atau tidak, tade kene mengene dgn masa hadapan.

sedar atau tidak, ramai rakyat yang dah mula benci paklah dengan kroni dan anak menantu yang kaut untung dari faedah politik. kejatuhan paklah mungkin juga akan jadi labih baik, dari melihat umno terus tergendala. umno kini dah macam ‘kelab bisnes politik pak lah’ dan bukan lagi umno seperti yang dulu yang memperjuangkan melayu sebenar.

*adeh, sokong sini salah, sana salah. nak sokong sapa skarang? huhu..

Aku tidak melihat paklah ini seorang yg lemah&lembut. Mungkin kerana anak&menantu dlm situasi pemerhati melihat paklah lemah. dan mungkin juga kerana menteri&MTUMNO yg korup membuat semua tahi dilepaskan kepada paklah.

Faktor utama UMNO kehilangan undi melayu kerana balaci UMNO korup! tidak tahu buat kerja. mentang-mentang mereka besar. bodoh sombong langsung.

Chedet memang pandai bermain permainan. Setiap kali keburukkan akan di’balas.

Kalau beliau seorang yg bijak kenapa pilih paklah dulu? alasan kerana suara di bawah beliau sebulat suara memilih paklah tidak boleh diterima.

Sama juga dlm kes lingam! beliau kata tidak dipengaruhi sesiapa#$%

Sudah dua kali perkara yg sama berlaku. Bila salah kata suara lain yg memberi tekanan pada beliau.

Seelok chedet tinggalkan dunia politik. sudah cukup. beri peluang kepada org lain. takkan semua dia nak bolot.

UMNO sepatutnya berubah. bawa perubahan. Ini tidak menteri yg dulu ada masalah dilantik sebagai setiausaha agung! bodoh.

Mana mereka berlagak berkata nak pertahankan melayu? cium keris?

Dlm hal begini cuba jgn kaitkan KJ. dia tiada apa-apa makna. hanya budak hingusan. perangai macam kanak-kanak rebina.

Kalau UMNO parti melayu sejati kenapa mahu ubah bahasa melayu kepada bahasa malaysia? ada tekanan dari parti komponen? MCA&MIC? selama ini mereka canang DAP parti perkauman.

Fuck UMNO! aku tidak akan pandang belakang. Kecuali perubahan yg betul-betul perubahan. Aku bukan ingin mengatakan aku sokong pembangkang. Tapi aku sayangkan tanah airku. Melayuku. Bahasa ibundaku. Aku ingin melihat anak melayu betul-betul melayu asli, bukan melayu rosak dari semua segi.

Aku sayangkan negaraku.
Aku cintakan negaraku.
Aku mahu negaraku maju kehadapan.

Dia keluar hanya kerana dia berpendapat Pak Lah tidak sesuai dan tidak relevan dalam pemerintahan.kes linggam?Er,bukankah Tun adalah kebal dari pertuduhan selain dari tuduhan Bunuh sahaja.Dia cuma ahli biasa yang menyuarakan pendapat.Terpulang pada yang lain untuk melihat atau tidak.

Sokonglah sesiapa yang ko rasa layak,tapi bukanlah mereka yang berani mencerca ketua agama negara kita.Bila ketua agama dipersoalkan……paham2la

wahhh bagus2….mengantikan pimpinan yang lemah ke pimpinan rasuah….lps ni banyak la duit negara habis kat komisen ntuk projek sana-sini……

kita tggu dan lihat je samada impian DSAI akan jadi kenyataan@tidak…yg pasti skang PR makin bertambah kuat dan BN especially tulang belakangnya umno bercakaran sesama sendiri..

well done tun

hahaha TV3 pakar cut and paste……betul ke Tun?? ntah2 selindung je ckp camtu….lepas PRU ni 2kali tun kena serang

pusingan pertama berkenaan ex-grantia dan permintaan maaf kepada Tun Salleh abas and the gang berkenaan isu pemecatan ketua hakim negara skang kes VK lingam plak…

Leave a Comment