U Mobile: Pembekal terkini 3G & Mobile LiveTV

umobile_018.JPG

Maxis, DiGi & juga Celcom, lihat sekarang Malaysia sudah ada pembekal rangkaian telekomunikasi terbaru yang akan menggugat pembekal yang sedia ada. uMobile adalah sebuah syarikat telekomunikasi yang mengeluarkan kenyataan akhbar semalam untuk di’lancarkan kepada masyarakat awam. Hari ini, uMobile menerima liputan ringkas dari Mohd Ismail dot Com.

Ini bukan satu review, kerna perkhidmatan dari uMobile belumpun sampai di’mana-mana tangan rakyat biasa termasuk’lah aku. Tetapi, ini cuma entri pemberitahuan kepada semua yang kita akan punya alternatif untuk menikmati 3G & menonton televisyen walaupun sedang berada di’dalam komuter mahupun di’atas beca. uMobile akan menggunakan teknologi DVB-H (Digital Video Broadcasting - Handheld) dengan kerjasama dari Nokia-Siemens Networks.

Tiada maklumat lanjut berkenaan apa-apa pakej atau tawaran dari uMobile setakat ini, tetapi aku berharap, apa yang mampu di’tawarkan oleh uMobile akan jauh lebih baik dari apa yang kita ada sekarang. Bukan’kah itu tujuan kita hidup di’atas bumi merdeka ini, untuk mencari yang lebih baik. Go uMobile!

Oh ya, uMobile akan menggunakan awalan 018. Cuba teka siapa’kah orang pertama yang akan memiliki nombor 018-XXX8888?

37 Comments

aku suka awalan #8…sebab itu aku masih pakai no lama aku yang bermula dengan 013-8xxxxxx…sebab #8 itu best…

jangan main2 angka 8 angka ONG orang cina pasti diorang bid gila-gila punya nombor tu, ataupun CEO dia rasmi dulu hahaha

bila aku nak pakai henpon 3G yang leh tgk TV ni hehe

8 aa besh… sama cam nombo plat keta aku.. haha

mcm gempak 018 ni? tp plan nak beli 014… ermmm

Tak silap aku laa , syarikat ni adalah MiTV . sekarang ni dapat lesen 3G.

Pada Aku Henset Biar Canggeh. Tapi Kalo Nak Gune 3G Nak Tengok TV Melalui Henset Macam Tak Berbaloi Je. Cukup Sekadar Leh SMS. Hahaha.. Mael. Ape Gajet Ko Aaa?

huyyo gadget baru, x bg tau pun!?

3G, x sabo nk tunggu rate nya diturunkan supaya rakyat malaysia dpt berhubung dgn teknolgi skang.

baguslah kalau ada juga syarikat lain yang turut serta.
nanti tidaklah industri telekomunikasi malaysia dimonopoli oleh maxis dan celcom sahaja. mungkin ada pembekal supersavers yang baru? haha..

olla olla, tadi baca the star, ada tulis u dot com dot my, ada lagi domain satu huruf nie? mcmana nak beli? :p

018 8108888
018 8888888 yg nie plak tak sabar nak tgk kat ebay :p

tu bukan area sabah sarawak ke starting 8 tuh?

aku dah tak ada awalan 8. hoho. dulu ada. akhir tahun 2005 aku beli no baru, awalan 5. ramai orang ingat no aku no perak. hahaha.. tapi, aku rindu lah awalan 8. ko rasa, ada lagi tak jual?

ngeh3.. carik kat Lelong atau Lowyat… ramai je rasa aku jual nombor2 rare begini… jnji ada duit.. ;p

he he.. aku sebenarnya kurang faham apa fungsi 012/3/4/6/7/8/9 ni sebenarnya pada telefon bimbit kita.. ade kosong kat depan nampak tak kool… ha ha a

gadget aku? alaa.. aku ni lambat sikit Qai oi.. dulu masa matriks, org pakai henset dan kaler2, gua hitam putih lagi.. ha ha ha..

*sama la mcam sekarang, org dah masuk N-series, E-series, iPhone, aku baru nak masuk fasa awal smartphone… ha ha

tp pernah ke ade nombor 012-2222222? dan sewaktunya dengan’nya?

he he… no begitu reserve utk CEO kot…

uMobile diuruskan MiTV Network. MiTV tak bleh lawan Astro dia buat MSP plak. tapi diaorang utilize line celcom.

oit Azraai… ko punya knowledge bab2 ni sikit punya ke’hadapan… ko patut tulis mende2 gini.. org ramai ta’tau..

*termasuklah aku… ha ha ha

Gitu Ke? Samala. Janji Leh SMS Ngan Call. Huhu..

betul tu azraai… ko patut tulis pasal ni… ramai jugak nak tau perkembangan & persaingan industri di M’sia….

p/s: aku tak suka no. 8… aku suka 7…

hahah…btol tu azraii…kongsi2 ilmu tuh…dapat pahala byk…

aku ske 012..miahahah

unfortunately, umobile nampak macam syarikat dari taiwan. melihat website dia, tak muhibbah! majoriti adalah wajah cina (satu saja india). tapi Chairman dia melayu..

aku tak bleh tulis. sebab ada org dalam family org penting kerajaan.
kontroversi nanti. tunggu dia orang bersara dulu la.

itu kejadiaan yang biasa …melayu boleh!!!

bagus jg kalu ada 018. harap lepas jam 12 dia ble bg promosi cam 012 tp lg murah biar bebudak melayu asyik dok tekan phone waktu tuh…biar lg murah bil phone ku

awalan 8 menunjukkan berapa bertuahnya seseoraang itu…oh ya..aku bukan pakai celcom..aku pakai TM-Touch…hahahahaha….

isk.. isk.. kata lah beli sim kad dier rm10. tapi kena beli henpon nokia yang boleh sapot DVB-D tu Rm3000! :D hehe.. cam beli laptop jer bunyi nyer ..

chairman dia proxy jer.

tak tak.. bukan macam beli laptop… tp lebih kepada macam membeli sebiji TV high-end punya… ha ha ha :)

014 best la !! best kenekan org.. mcm ni ” no sy 014… tekan tekan xdapat !! ” hahhaha

kalo ko xnak 0 didepan aku saran kan ko takyah pakai la tepon, ko gune public je.. kite tgk sapa lagi kool.. heheh

salam kenal, tapi kau kelihatan seperti spam… ha ha ah ha ha

hmm… menarik gak nih! nak tengok pakej 3G depa…. tak sabar nak tengok iklan depa kat tv…. harap-harap kelakar macam digi jugak lah, ha ha

salam kenal buat kali ke-DUA! konfem kau spam… aku delete eh komen ko ni? ha h ah ahha h aha

*mode kejam!*

kau dah kali kedua ke mail?ada jugak dia kasi “salam kenal “kat blog aku…tapi aku rasa macam pernah nmpk dia nih nye komen bile ntah…tapi bukan kali pertama la….

insyaAllah mggu dpn aku dapat offer keje kt uMobile ni. hehe jgn jeles. tggl nk sign offer letter je.