Undang-undang baru untuk rakyat Malaysia

Traffic jam secara tidak sengaja telah menjadi sarapan pagi & minum petang aku. Setiap pagi, turun sahaja dari traffic light di’atas sana, aku akan melihat kereta tersengguk-sengguk untuk ke destinasi. Paling laju aku nampak atas jalan raya itu adalah motorsikal & kedua laju adalah orang berlari mengejar bas. Bas & lori-lori juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam acara harian paling agung semenjak Karl Benz mencipta benda aneh beroda empat ini.
Bukan’nya jalan tak lebar. Dua lorong pada aku sudah cukup sebenarnya untuk menempatkan kereta-kereta mahal milik rakyat Malaysia. Aku pernah lihat dengan mata aku sendiri, jam 6.28 petang, aku lalui lebuhraya Pasir Gudang dengan aman damai tetapi di lorong lagi satu, sebuah jengkaut & sebuah lori mengepalai ratusan kereta di’belakang. Aku menyumpah. Walaupun bukan aku yang berada di’barisan itu, tetapi aku tak mampu terima punca kesesakan kerana jengkaut & sebuah lori yang perlahan ekstrim.
Maka dengan ini, Mohd Ismail dot Com meluluskan satu undang-undang baru untuk rakyat Malaysia, sebarang kenderaan yang tidak mampu/sengaja tidak mampu memecut laju & berada di’atas jalanraya ketika waktu puncak, kenderaan itu akan di’lupuskan sama sekali dan pemandu’nya akan menerima perintah menjauhi jalanraya buat selamanya. Undang-undang ini merangkumi kenderaan berusia lebih 15 tahun & kereta yang di’pandu oleh mereka yang sedang makan angin atau sedang menikmati bulan madu.
Kalau’lah aku Perdana Menteri.
Entri Berkaitan : Pengalaman seorang gadis memandu CRV pulang kerja, dalam traffic jam.
Popularity: 8% [?]
Comment by kasyah on 25 May 2007:
Aku memang berbulu kalau ada yang pandai2 bawak kereta slow2 pastu sukahati duduk sebelah kanan. Yang aku peliknya yang bawak kereta slow2 ni bukannya tua2..tapi muda lagi…Kebiasaannya yang bawak slow2 ni sebelah dia ada awek di sebelah….Wah…jangan lah slow sangat bang…bizi ke kat dalam kete tu??
Comment by shutterspeaks on 25 May 2007:
oh ya, penalti lebih berat untuk pemandu kenderaan mewah yang rasa bagus sangat bawak slow lorong kanan dan tak mahu bagi laluan utk orang lain, terutamanya yg bawa kereta x semewah dia. haprakk…
Comment by kasyah on 25 May 2007:
yang selalu bawak kete mewah ni pakcik2 n atuk2… kadang2 tu dia ingat kete banyak mahal nak berlagak ye….kalau tak sebab kastam kasi cukai tinggi gile…adik aku pun boleh beli..haha.
Comment by manchurr on 25 May 2007:
tuh ar.. aku slalu bawak kete mesti 100-120 je.. sbb kancil kan.. slalu la potong ikut lane kanan tu.. ade kadang2 tu.. slow gler bawak.. kete cc lagi besar dari aku huhuh bengang je! kang aku high beam kang, mesti dia kutuk aku.. sbb aku kancil je pun, hehe xkan nak highbeam kot.. :P
Comment by chot on 25 May 2007:
mana gmbar gadis di ofis ko tu? xdpt tangkap lagi?
Comment by WaWa on 25 May 2007:
pergh. kalo ko jadik perdana menteri kan bagus. haha..
Comment by BAGAK on 25 May 2007:
kau lari tajuk chot
tapi aku pun menunggu-nunggu juga gambar gadis malang tu
Comment by shutterspeaks on 25 May 2007:
cayalah chot, ya mail. takkan tunggu dapat DSLR baru nak amik gamba awek tu? :-p
Comment by so'od on 25 May 2007:
aku slalu gak menyumpah ’siput2 jalanan’ tu.. lebih2 lg yg berasmaradana dlm kereta.. tp kdg2 bila dah pintas baru terasa bersalah.. sbb yg drive tu pakcik2 @ makcik2 kerepot, yg pakai spek tebal saiz skrin tv.. pastu drive dada rapat kat stereng, penuh hati2.. kesian.. slalunya aku ckp MAAF kuat2 (walaupun diorg x dgr).. saje nak sedapkan hati :D
Comment by Mohd Ismail on 25 May 2007:
ye baiklah kawan2.. sabar ye? esok mungkin.. mungkin la.. sabar itu separuh dari sabariah
Comment by Mohd Ismail on 25 May 2007:
kalau aku jadi Perdana Menteri, korang semua akan jadi menteri kabinet aku.. kau Wawa, jadi Menteri Hal Ehwal Internet & Komunikasi. Kasi hantam itu TMNet.
Comment by Mohd Ismail on 25 May 2007:
sebab tu la kita perlu adakan had umur mereka yang boleh drive kat jalanraya Malaysia ni. Katakan lebih 75 tahun takleh drive. Bahaya sebenarnya biar orang2 tua bawak kereta. Bahaya. Kita kena sayangi orang tua. Kan?
PM pun ada driver sendiri.
:)
Comment by Mohd Ismail on 25 May 2007:
highbeam je :) kalau dia marah, kejap je.. esok2 reda la tu.. dia marah sebab ego berkereta besar.. bukan apa..
masa itu emas
Comment by Fahmishah on 25 May 2007:
hahaha nak wat cemana kan.budaya org malaysia bila di atas jalan.buat macam bapak mereka punya jalan.
Comment by kamarul on 25 May 2007:
aku tunggu bila kita ada power boleh teleport…
Comment by azwanhadzree on 27 May 2007:
Ismail … kalau kau Perdana Menteri perlukah kau memikirkan perkara yang remeh temeh ni…. bukan ke kita ada JPJ, Polis dan juga Menteri Pengangkutan.
Nampak sangat mereka tak buat kerja kan? Terlalu sibuk dengan speed trap tapi kebanyakan stress di jalanraya yang mengakibatkan kemalangan adalah rod hoags ni.
Comment by azwanhadzree on 27 May 2007:
macam Star Trek lah pulak :)
Comment by azwanhadzree on 27 May 2007:
aku pun tak sabar sebenarnya. gadis tu telah diwar warkan sebegitu rupa .. siapa yang tak tertunggu tungggu.
Comment by NazzNazz on 28 May 2007:
that sounds just great!
mcm ni aku akan ngundi kau kalau ko masuk pilihanraya! hahaha