Undi bakat Malaysia di Lunarpages
Ini satu fenomena yang membuatkan aku kagum dengan bakat & kebolehan yang ada pada rakyat Malaysia. Bukan sahaja berbakat memanjat gunung, terjun bebas di segala kutub & membuat rekod yang aneh-aneh, kini bakat yang sebenar-benar bakat telah di’iktiraf oleh orang luar tanpa bantuan kerajaan. 3 orang, 2 lelaki & seorang gadis, telah membuktikan bakat mereka setanding dengan bakat orang luar apabila tema Wordpress ciptaan mereka telah berjaya memasuki pusingan akhir pertandingan merekabentuk tema Wordpress anjuran Lunarpages.

X4 oleh XeroXaven

One Winged Angel oleh Fath PelangiPetang

Damai oleh Eches
Halakan skrin monitor kalian ke laman rasmi pertandingan ini di Lunarpages & berikan undian anda untuk salah seorang dari 3 calon yang berasal dari Malaysia di’atas. Kalau ada pun theme lain yang lebih cantik di’mata kalian, anggap saja itu godaan dunia semata-mata. Undi mereka, mana tahu, selepas menang USD1000 & hosting percuma selama 5 tahun, mereka bisa mengeluarkan tema Wordpress yang lebih mengujakan hati sebagai hadiah buat kita. Malaysia boleh!
Popularity: 21% [?]
Comment by zaki on 24 January 2008:
Wah…memang canteek dan unique.
Blog Damai ciptaan Eches memang cun. Daripada theme pertama yang dia create sampai sekarang memang mengujakan. Aku sokong betul depa nie. Tapi vote aku untuk Azman Eches…
Eh…Man, ko dah kerja ke belum?
Comment by dr.xero on 24 January 2008:
wah..dpt promote dari mohdismail la..haha..thanx mael.. mari vote..haha..
Comment by novatech on 24 January 2008:
lawa yang fath buat..sejuk mata memandang kehkeh
Comment by Mohd Ismail on 24 January 2008:
he he.. membantu kawan2.. manalah tahu, dapat diskaun sikit kalo ko menang.. ha ha =p
Comment by Mohd Ismail on 24 January 2008:
Fath, dia pun sejuk mata memandang agaknya… ha ha ha..
*gurau je Fath oi*
Comment by Mohd Ismail on 24 January 2008:
hehe.. sila2 undi.. sokong produk buatan Malaysia =p
Comment by mrozaidi on 24 January 2008:
Ko Tak Masuk Pertandingan Tu Ke Mail..Masuk La..
Comment by Mohd Ismail on 24 January 2008:
aku mana pandai design tema Wordpress ni.. =) kasi mereka yg lebih berpengetahuan.. he he
Comment by Wizurai on 24 January 2008:
hasil seni anak M’sia jugak hebat apa?
jom vote reramai…
Comment by Fahmishah on 25 January 2008:
mana satu nak pilih ni..aiyark!
Comment by Mohd Ismail on 25 January 2008:
pilih je tiga2.. tuka ip tiap kali nk undi.. ha ha :)
Comment by lala on 25 January 2008:
wah..xero ada disitu. harap dia menang
Comment by hafifi on 25 January 2008:
hebat btul org2 kita..semoga dapat undi yang banyak..undian aku adalah rahsia..haha!
Comment by Noorizam Shah on 25 January 2008:
support org Malaysia lah.. eches go eches go! ohoho
Comment by Nazirah on 25 January 2008:
it’s good to see malaysians doing this whole thing. i need more options to wordpress themes. those are good but more options are needed. im gonna vote. i will. good luck to these peeps and congrats.
Comment by gie on 25 January 2008:
sebelom vote, fath dengan xero same banyak (26)…lepas aku vote,xero lebih satu undi… :D
Comment by dr.xero on 25 January 2008:
trime kasih ye..kepade sesape yang vote theme aku.. :D
Comment by Truckster on 25 January 2008:
tanpa banyak soal gua trus vote..damai yg kool
Comment by syuxx on 25 January 2008:
ya2. aku pun vote for xero.
theme dia begitu maju.
ada ajax. ekeke.
Comment by zaki on 25 January 2008:
yes. damai tu memang terlalu cool…
Comment by syia on 25 January 2008:
susah la nak pilih sebab masing2 ada kelebihan design masing2..aaa susah2 kene la klik dgn tutup mate
Comment by syia on 25 January 2008:
eh takkan tak pandai selalu je tukar theme.. next week tukar lagi x? hehe
Comment by syia on 25 January 2008:
eh boleh eh.. syia try on off modem la gitu
Comment by syia on 25 January 2008:
betul tu banyak lagi option kene ada tapi not bad la sekarang dah ada 3 ;) nanti bertambah la tu
Comment by top0 on 26 January 2008:
gua vote damai… semart giler theme tu….
Comment by silentleo on 26 January 2008:
EHm..harap2 depa menang aa. Damai ka sape ka. Janji ada wakil malaysia menang..
Comment by Khai on 26 January 2008:
x sangka kan.. dalam berpuluh2 theme yang join,3 malaysian masuk final.. korang mmg besh.. aku dah terlibih dahulu vote untuk xero.. design yg smart dan kerna dia kawan aku.. hehe..
Comment by Khai on 26 January 2008:
mael.. footer theme ko ni masih di tahun 2007…
Comment by Khai on 26 January 2008:
eh.. dah lama top komenter kat blog ni ko x kasi ape ape.. baru aku terperasan dah melambak aku komen kat sini. hahaha.. ala mael, milo ais jee.. jom ar turun kl.. hehe
Comment by syafiq on 26 January 2008:
Bangga betul bila ada anak Malaysia setaraf dengan orang asing. Damai memang mendamaikan. Mael, kamu bila lagi?hehe
Comment by Qaiyum on 27 January 2008:
Dah Vote Dah. Huhu..
Comment by azwanhadzree on 27 January 2008:
Link to Fath’s site is down. lupa renew domain ke?
Comment by mrozaidi on 28 January 2008:
Jom Kita Vote..Menang… KFC Ramai²..
Comment by beck on 28 January 2008:
lamanya tak singgah dan tinggalkan komen. ahaha. dulu aku rajin gak buat buat template blog ni, skrg dah malas. ahaha… tapi mmg azalinya aku pemalas. bebudak skrg dah maju, umur 14 tahun dah terrer database ngan http://ftp. terrer. design lagik la. byk bebudak terrer design skrg. cuma nasihat aku, jgn recyle design org lepas tu ngaku design original kita. itu je…
Comment by zaki on 28 January 2008:
Ha’a…aku pun takleh masuk itu hari…
Comment by Fath on 30 January 2008:
Salam Mail… time kasih sebab mentioned pasal One Winged Angel theme kat sini. Untuk pengetahuan ko, sekarang ni aku tengah dalam proses nak pindah server… lagi2 ada problem dgn database sikit.. so take time sikit la… so far, setakat aku komen kat entri ni, pelangipetang.com je yang dah up balik… Studio belum lagi… :)
Sorry lambat response… busy sikit settlekan hal server ni :D
Thanks anyway!
Comment by zaizen on 3 February 2008:
not bad..sy sokong. org kita mmg ada bakat :)