Undi untuk Malaysia, undi’lah Mohd Ismail


Foto dari Flickr. Lupa dah aku ambil dari siapa. Kredit untuk beliau.

Ok. Kurang 24 jam dari sekarang, jutaan rakyat Malaysia akan keluar mengundi sebagai satu kewajipan untuk negara tercinta, Malaysia. Aku tidak banyak perkara mahu di’kongsikan sempena pilihanraya kali ini.

Hari Ahad nanti, siapa pun yang akan membentuk kerajaan, hidup aku akan terus berjalan. Ahad nanti juga, aku akan mengalami satu transasi hidup yang aku tunggu-tunggu selama ini. Hidup aku tidak berubah drastik, tetapi masih ada sesuatu yang berbeza. Ahad nanti, aku ceritakan, secara langsung dari dunia baru aku.

Malam tadi, kami pelajar Kejuruteraan Kimia menghadiri makan malam yang di’panggil sebagai Chemical Nite 2008. Gambar banyak, tetapi tiada sekeping pun yang aku bawa pulang untuk di’post ke’sini. Aku pun keliru, samada aku betul-betul lupa atau kerana semua gambar aku ada grainy yang ketara kerana aku set ISO 1600 sepanjang 163 keping gambar di’ambil. Moral — Sila periksa setting kamera anda sebelum mengambil gambar supaya hasil’nya tidak kelihatan bodoh.

Di’radio tadi, sepanjang pulang ke’rumah, aku dengarkan laporan trafik dari Hot FM. Dua atau tiga kali, pembaca laporan itu mengatakan yang trafik di Lebuhraya Utara-Selatan lancar dari Seremban ke selatan, tetapi sesak dari utara ke Kuala Lumpur. Jadah. Minyak aku hampir kosong — memecut tidak kurang 120km/j hampir sepanjang masa. Aku rasa radio tu dapat laporan palsu. Upah aku la lain kali woi! Boleh aku buat bayar surat saman yang akan datang.

Satu lagi entri merepek dari aku — sibuk fikir perkara lain sebenarnya. Akhir kata, kepada yang mengundi, undi’lah dengan bijak. Fikirkan apa yang betul-betul kita mahukan untuk diri kita, keluarga kita & negara kita. Psst, korang undi siapa esok?

Popularity: 10% [?]

There Are 60 Responses So Far. »

  1. Ni dah kt umah la ye. Aku tak ngundi sok. Bukan salah aku ek. Aku nak register tp goodie bag abis.

    nota:lagu ape ko taruk nie?

  2. ek eleh.. register ‘tuk ngundi ada goodie bag ke? ha ha..

    Balas Nota - itu lagu chipmunk beb.. terdengar kat tenet tadi, seronok je.. aku masukkan la..

  3. jumpa di pusat mengundi esok. haha. amikla gambar sekali esok ya :)

  4. hmm… memang dia menipu sungguh, perjalan dari utara ke KL sungguh smooth tadi, tapi dari KL ke Utara tidak. sesak dan juga terdapat beberapa kemalangan kecil sepanjang perjalanan.

    @Noris, kalau tak register pun, esok .. pergilah ke pusat mengundi. lebih molek waktu makan tengahari. periksa nama di kaunter BN dan anda akan dapat goodie bag dari mereka.

  5. soalan femes utk aku sepanjang pru ni: balik mengundi tak? hahahaha. kalau ada orang sponsor, apa salahnya. kan kan? kalau tak, esok aku ronggeng ke milton keynes je la. :D

  6. semalam dari KL ke seremban sesak bai! sib baik aku mahu pulang ke KL.
    takbir!

  7. “Aku undi pembangkang!” kata aku dengan bangganya. Muahaha.

  8. ” jgn melihat parti , undilah untuk calon yang berkelayakan ” by Tun Dr.Mahathir

    aku dapat rase kan mahadey kadang2 kool jugak walau aku xske beliau.

  9. Sayangnye aku tidak berdaftar.

    Tetapi, jika aku berdaftar sekalipon, aku akan mengundi Zulhasnan Rafiq dari Barisan Nasional, walaupun di hati aku ini sokong Barisan Alternatif.

    Tapi malangnye aku tidak mendaftar.

    Satu je harapan aku, aku mahukan kerajaan yang cekap dan amanah.

    PS: Pandai2lah jawab dgn malaikat jika kite tak berlaku jujur.

  10. haha.. jom gi undi! aku tak dapat balik, tiket bas abis.. so aku duk umah tgk keputusan undi je :P

  11. Aku baru je masuk 21. Nak daftar dah lambat dah. So aku pun tak gi la ngundi. Hua3.

  12. aku p pangkah kul 9 pg td beb. hehehe… semsetinya undi calon yang nk bawa ISLAM. Tak kisah la parti mana pun janji utk duniawi dan ukhrawi. Aku dh letih dgn hiburan menggila byknye dan satu persatu lahirkan artis muda. wazza… kalo aku jadi artis mcm mawi gane agaknye ek?

    lol. mawi ko wat aku rasa tercabar la. hahaha… wokeh la. aku kat kedai ni. sapa nk ayam kampung organik tgh aku ada ni aku bg diskaun. mai2.. wokeh la mael. aku letih ni. kul 2 ni nk p delivery lak kat TTDI n bukit Jelutong. Mlm ni aku balik pahang balik. mael, ko undi apa beb? bak dtg kenapa ko undi tu leh tak? sbb esok kita jugak akn kena tanggungjawab. ha pandai2 la nk jawab. ye tak mael?

    P/s: sorry mael pjg. aku geram sbb tak dpt online kat umah. ni tetiba ada signal sapa ntah kat cni. UNDI TIDAK LAGI RAHSIA

  13. Aku undi Maya Karin….heh…heh…heh…

  14. HIDUP PUNDAK!

  15. hahah. lagu ni best gle. best pula layan. huhu~

    and rugi je gambar2 tu. adeih. tp masa capture tu takkan tak tengok langsung gambar? macam pelik je. hehe :p

  16. Mati2 aku ingat si NoktahHitam adalah penyokong pembangkang. Rupa2nya tidak. Haha.

  17. tak sempat daftar da..

  18. Kita tengok siapa yang kena malam ini. :D

  19. KNizam - aneh tapi benar, aku pulang kali ini tanpa kamera.. ha ha

    Azwanhadzree - kalo periksa nama, then xde dalam daftar.. diaorg bg gak ke? ha ha

    WaWa - ko mengundi dalam hati je la.. ha ha *bisik kat aku, ko undi sapa?*

  20. Affuan - di Mohd Ismail dot Net, undi anda bukan rahsia.. ha ha ha.. *SPR, jgn carik aku..*

    Fusz - kata2 Tun mmg betul.. ayat tu dia ucap dr zaman dia perintah lagi.. :)

    Starwalker - bawak popcorn sekali duk depan tv.. ah ha ha

  21. NoktahHitam - eh eh! calon BN tu sepupu sepapat ko ke? he he.. terkezut gak aku mendengar pengakuan ekhlas ko.. :)

    Ahib - xpe.. tulis la panjang mana pun.. mana la tahu esok2 ko nak hantar seekor dua ayam organik.. ha ha

    Rohaizad - ha ha ha.. aku undi Diana Danielle!

  22. Aisyah (hot!) - masa amik tu, tgk preview kat screen 1.8inci, tak nampak grainy ni semua.. hu hu

    Rasso - apa cerita PUNDAK? meriah tak kempen arini? ha ha..

    Aman - sila cuba lagi sekali dalam masa 4 tahun akan datang.. :D

  23. mail..ape manifesto ko,klu kool ak undi ko.

  24. tak gi ngundi pun. “terlupe” nak daftar =p

  25. Bak Kata Rasso - Hidup PUNDAK !! Hehehe..

  26. aku dah undi…hahaha…aku malas nak update pasal politik…hahaha…hidup malaysia…hidup mael…

  27. alhamdulillah.
    berkat fes taim menguundi wangse maju.
    huahuaha.

  28. nUUr - resolusi pertama aku, aku akan ganti semua kabel copper kat mesia ni dgn fiber optic.. ha ha ha.. then internet adelah free! *sila undi aku*

    gie - he he.. sampai masa, ko akan pedulik juga.. tgk cik Famia.. ha ha

  29. famia - ohooo! cik famia pergi mengundi.. apa kisah wangsa maju malam ni?

  30. kemungkinan besar pembangkang dpt membentuk kerajaan…Anwar sedang memujuk pemimpin BN ntuk berpaling tadah. Sebarkan!!!!!

    maposlah PAklah dan penjilat-penjilat………..

  31. Sabar bos. Jangan emosional. Kalo nak jadi tu jadi lah juga. Kita tunggu dan lihat saja. Hehe.

    p/s: Ya, perjuangan belum selesai. Huhu.
    pp/s: BTW, aku baru perasan lagu tu. Layan je la. Haha.

  32. yuppp BN—> BE END….badawi makin tenat skang ni….team najib + hisyamuddin pon nak tapau dia….itu dalman umno

    Mahathir + Anak dia jugak maybe join anwar…tp ini hanya khabar angin….tp kalo korang pikir2 politik akan jadik apa saje yg tidak diduga…maybe anwar akan berbaik semula dgn MAhathir????

  33. Mael, entri terbaru berkaitan keputusan PRU-12?

  34. wizurai, mael tgh mengarang la tu :P

  35. Hehe.. Kawasan Mael DAP Dah Pegang.. Ok Mael ?? Sihat Ke Tak ?? Heh..

  36. BN kena balun truk. Ape lg mael. Tulis la entry keputusan pilihanraya smlm. WAlaupun jauh di perantauan aku tetap mengikuti perkembangan tanah air. Ni la padahnya BN (Buat Naya) sama rakyat. Ni la akibatnya kata BN (Bloggers Nonsense). Bungkuih la depa.

    Want to see the dawn of a new Malaysia. The future is near.

  37. Aku dah menjalankan kewajipan mengundi…
    Kalau Mael bertanding parlimen dan dewan undangan negeri tempat aku mewakili Parti B_ , sah-sah lah aku undi ko… :)

  38. ac2ly,saye x kesah klu BN kalah pd PAS or PKR…tp pd roket???ntah apelaa nasib org Melayu nt….

  39. aku nak undi mana pun tak tahu lah. Jadi aku terpaksalah undi kau mael….

  40. @azeyra: no racial card here. this is malaysia. the country filled with one race known as Malaysian.

  41. “Saya Pantang Dicabar!” telah menggugatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Sayangnya…ambiklah iktibar. Selain itu, kebajiran blog politik dan video2 yang disebarkan melalui internet juga merupakan salah satu faktor utama kekalahan teruk BN. Tidak lupa juga kempen2 BN melalui tv,radio dan akhbar yg berat sebelah menyebabkan rakyat meluat melihatnya…sekali lagi, ambiklah iktibar….

  42. Satu protes dari pengundi-pengundi…
    Semoga pihak berkaitan mengambil iktibar dari semua ini..a

  43. Alhamdulillah….khir toyo telah hilang jawatan sbg mb…

  44. Aku pun nak masuk PUNDAK

  45. aku yau undi itu rasia tapi aku nak sgt tau ko undi ape ye mail?

  46. i vote for myself! yeah!!! selamat mewujudkan Selangor baru! ;)

  47. ko undi diri ko mail..ptt la kalah BN kat sgor.ahah pdn muka

  48. mael vote BN.. aku pasti itu.. dia pro kerajaan.. hehehe..

    PUNDAK tu amenda sebenarnye? hahha.. cam mencarut je.. :P

  49. PAS time ni boleh pulak bergabung dengan DAP sebab nak wujudkan kerajaan negeri…
    dulu kata UMNO kafir… DAP tak kafir ke?
    inilah politik… politik yg kotor!

  50. sy setuju dgn wizurai….

  51. wizurai, bila dipikir balik, mungkin ada udang disebalik batu apa yg PAS buat tu.. siapa orang kita nak lawan mereka (krg pon tahu bangsa ape).. kalau PAS x gabung, sukar lah negara kita ni nak jadi negara Islam macam yang diwar-war’kan pAS..

    cey, racist syial aku.. :P

  52. @khai: eh, pas masih perjuangkan negara islam ker.

    apa pun sokong untuk menghapuskan dasar ekonomi baru, mengekkan negara sekular, dan seterusnya menghapuskan hak istimewa org melayu dari perlembagaan.

  53. tahniah jugak kepada bloggers2 yang banyak membentuk pemikiran dan motivasi rakyat supaya tidak lagi diperbodohkan oleh kjaan….especially RPK, JeffOoi, dan rakan2 mereka…kudos kepada anda…anda merupakan pejuang sebenar reformasi ini…

    tidak sia2 aku menukar blog kepada mode PRU12….menyebarkan poster propaganda BA…mungkin ada muda-mudi yg terpengaruh dgn ayat2 aku kat blog tu…tahniah kepada anda semua….

    Malaysia tidak seperti dulu lg…kini kita membentuk MALAYSIA Baru….dan masa depan Malaysia mula tercipta…syabas kepada semua bloggers2 aku berbangga dengan khidmat kita mengubah pemikiran rakyat…..

  54. Khai, Pas cakap Kedah takkan laksankan hukum hudud, so takdelah negeri Islam, apalagi negara Islam…
    Pas join DAP pun sebab nak jadi MB Perak, yelah… mana boleh MB Perak dikalangan bukan Islam… hehe…

  55. mana kau Mael, aku ingin membaca ulasan kau mengenai election baru2 ni :)

    kau sibuk cabut poster2?

  56. mael cabut bendera ni…lame betul mendiamkan diri..mael mael mael…ramai sokong ni…

  57. mael, aku harap ko masih hidup.. amin ~

  58. @ khai

    kejam sungguh statement tu :)

  59. bila dah ramai yang follow blog, kemudian lama tak diupdate. mulalah semua rasa pelik dan gelisah.. baik hang tulis topik baru cepat mael. paling tidak pun hang turunkan sepatah komen.

  60. waktu aku di U aku tak pernah menghadiri majlis mkn mlm utk pelajar chem engine…kekekek..sesungguhnya aku ni anti social.Thn ni mcm biasa aku pulang ke kampung utk membuang undi…