Upin & Ipin, keletah animasi kecil

screenshot_watermark.jpgUpin & Ipin, animasi khas sempena Ramadhan ciptaan anak-anak Malaysia yang kreatif dari Les’ Copaque Production. Aku terima dua episod awal Upin & Ipin dari Eka yang menyarankan untuk aku memuatturun dari komputer seorang rakan. Mula’nya, dalam hati aku berkata ini adalah satu lagi produk animasi tempatan yang akan hanyut seperti animasi-animasi lain’nya. Tetapi, menonton pilot episode Upin & Ipin, persepsi aku berubah sama sekali. Kerja di’hadapan mata aku hentikan seketika kerana terpesona dengan jalan cerita dan telatah Upin & Ipin.

Tahniah kepada Les’ Copaque Production & TV9 yang membawa Upin & Ipin kepada tontonan umum. Animasi bersiri ini sangat bagus di’tonton oleh kanak-kanak yang mahu mula belajar berpuasa. Tidak mengajar dalam bentuk yang formal, Upin & Ipin berjaya memberikan gambaran sebenar suasana berpuasa di’bulan Ramadhan. Sedikit sebanyak, begitulah aku ketika bermula puasa. Alah, korang pun mesti sama ar. Tahan lapar,tahan keinginan yang memuncak-muncak. Kecil-kecil macam Upin & Ipin ni nafsu lain takde. Makan & minum, itu sahaja. Sudah besar ini sahaja nafsu dah bercabang-cabang.

img_1553.JPG Suapa siara di’belakang Upin? Suara siapa di’belakang Ipin? Pertama kali menonton animasi ini, aku tidak menduga yang seorang kanak-kanak perempuan menjadi suara latar dua orang watak kanak-kanak lelaki. Ini dia adik Fathiah yang aku pinjam gambar’nya dari blog rasmi Les’ Copaque Production. Adik Fathiah pada aku pandai memainkan ton suara yang bersesuaian buat watak Upin & Ipin. Aku paling suka bila Ipin keluar trademark yang menjadi ikutan rakan-rakan aku sekarang, “Owh…betul3!”.

Dan, watak Kak Ros juga memikat jiwa raga. Ha ha. Pencipta animasi ini memang pandai memancing golongan pemuda seperti aku. Tonton Upin & Ipin di TV9 setiap Jumaat, Sabtu & Ahad jam 7.30 malam.

via & imej Nazri Flavert | Blog Rasmi | Les’ Copaque Production

Popularity: 61% [?]

There Are 34 Responses So Far. »

  1. isk2..da brape lame x tgk tv smpai tak tahu rncangan ape yg mnarik.huhu..

  2. Upin & Ipin Sangat Kiut Miut. Bagus Sekiranya Produksi Animasi 3D Malaysia Dapat Dikembangkan Lagi Hingga Ke Layar Perak. Sekaligus Mampu Memberikan Impak Kepada Dunia Setarah Dengan Jepun Nan Amerika Sana. Buktikan Malaysia Boleh. Merdeka!!!

  3. betoi2….hahahaha smart gile animasi ini…mmg aku impress tahap bapak punya bapak

  4. ok lepas nih bole ler aku cuba nonton crita nih kalu ada masa. susah jua nak carik crita karton tempatan yg boleh kanak-kanak seusia aku dan ko menonton sama.

    p/s aku suka tengok kartun segah di nusantara - crita budak asli indon dgn monyetnya..

  5. Hehe,. Aku pun tak sangka budak pompuan yang jadik suara latar. Memang menarik dan manja sore dier. Tabik2.

  6. cite yang sungguh best dan aku dah ketagih tgk cite nih.tak sabar nak tggu filem geng pulak

  7. hahaha kelakar woh Upin & Ipin nie… tp kejap je cite die 10 minit xsilap!!

  8. aku pon ade buat review mengenai animasi ini beberapa hari lalu..
    dan ape yang mengejutkan aku, lecturer aku adalah rakan kepada team les copaque… dorang sama2 study kat MMU dulu…

    huhu.. dan lecturer aku dah menyarankan aku praktikal kat sana nanti.. hopefully, kalau dapat.. aku derma pulut kuning satu kampung… huhuhu….

  9. o hai! *testikal 1,2 &3*

  10. mmg best cite, based on gang the movie…mmg layan…
    moga animasi di malaysia terus maju

  11. upin n ipin…hahaha…sblm ni ada gak company malaysia yg berjaya menembusi pasaran perancis…company tu nama die inspedia…tp kartun 2d…korg mesti penah dengar mustang mama dlu ade time world cup kt ntv7…

  12. akhirnye boleh pon komen.. huhu… ape daa..
    hurmm….. pasal animation ni, aku pon ade buat review.. ntuk pengetahuan lanjut, masuklah http://khai.scukz.com

    hurm, pasal les copaque plak, x ku sangka, diorang semua kawan-kawan lecturer aku masa kat MMU dulu.. and sir aku cadangkan kat aku tadi, nanti nak wat intern, pergi sana… fuh, kalau dapat kat situ, mmg aku sedekah pulut satu kampung.. ngeeeeeee….

    tahniah les copaque….

  13. Bagus. Pasni Harap Banyak Lagi La Katun² 3D Ni Kat Malaysia. Hinggalah Ke Layar perak. Semoga Kita Dapat Berdiri Sama Tinggi Dengan Jepun Nan Juga Amerika. Huhu.. Hidup Malaysia. Lancarkan PRogram Angkasawan Negara!

  14. Program Tukang Animasi Negara! Ha ha… Insya-Allah kalau penggiat2 animasi ni rajin+kreatif maksima+kuat berusaha+cun mesti boleh punya…

    *owh.. betul3!

  15. mmg besh cter nie mael,time b’buka tgk citer nie..kelakar btol..mne nk donlod heh mael..share la cnie..ngehngeh..

  16. wehahaaa… oh betul, betul, betul…..

  17. betol betol betol
    *makan ayat goreng*
    bes ah kartun ni. dah femes kt campus aku :D haha

  18. *ayam.
    aish ralat je

  19. aku dah donlod kesemua 4 episode, menunggu kot2 ade episod ke5.

  20. di ofis ada dgr budak² ni sebut pasal animasi ni…
    tapi, aku… agak kurang menonton tv sekarang ni…

  21. aaa betol ..betol..betol…. mmg layan….ahahaha…

  22. memang cute miut bebudak 3D tuh! respek! :D

  23. belum lg aku nengok kartoon nih semenjak astro mengupgradekan semua chanel ke no 3 angka….blom hafal lg semua chanel tuh….

    P/s - tp aku nengok segah di nusantara…….

  24. Threaded Comment kembali tanpa mengganggu tema… fuck IE! ha ha ha

  25. aku kurang juga menonton TV.. tetapi rakan2 ramai yang rajin mendownload… he he

  26. haha..aku ase..klu bt movie..mesti lg best kan…

  27. salam.

    yeah.. mmg best produk animasi.. dialog skrip/jln cerita/animasi nya semua ada klasssss…

    anak malaysia boleh maju lagiii.. err pinjam cite ni .. nak blog sket..

  28. aku dah tengok dah 2 episod cerita die. tu pun dari member aku. best n lawak. tak sia2 member aku suh aku tengok cite nih. btw kau ada tak episod2 yang lain? aku nak buat collection lewr. hu3.

  29. mmg enjoy … walaupun kejap jer tapi memberi impact yg amat mendalam especially buat anak-anakku itu yg akan terpacak depan tv … kiut2 betul bebudak 2 org tu ….

    p/s : abgngah cakap … kakak dia cam ibu lar … asyik-asyik marah (2x) … ehmm .. terkedu kejap …

  30. Cuk Leeza, rasanya semua perempuan macam tu kalo berhdapan dengan kanak2 kecil seperti kami…

    ha haha ha

  31. uih.. aku baru sempat nak tengok.. best siol.. nyesal x dolod awal2. 5 & 6 bile mau kuar eh?

  32. saya rasa saya pun nak didik adik saya macam garangnya kak ros la… hehehe.. animasi yang terbaik yang saya pernah lihat di malaysia… wlupun hanya 5 minit sahaja tayangannya tapi ia cukup menggembirakan hati penonton terutamanya keluarga saya.. ” betul! betul! “

  33. Inilah animasi yang terbaik pernah saya tonton…colouring,cute,dan tidak kaku…Masalahnya ialah waktu yang terlalu singkat…harap pihak yang menerbitkan rancangan tersebut dapat memanjangkan waktu & cerita…

  34. Kalau nak panjangkan dan teruskan siri ini…ramai-ramailah minta kat tv9. Kita org bila-bila boleh buat kalau dia bayar