Wajah baru Google Adwords Keyword Tool
- 1
- Add a Comment
Ini entri untuk mereka yang suka buat duit melalui blog atau internet secara am’nya. Google Adwords Keyword Tool ini selalu aku gunakan untuk melihat trend terkini sesuatu katakunci & seterusnya memberikan aku niche baru untuk cuba di’tulis. Lebih menarik, Google Adwords Keyword Tool akan memberikan nilai Cost per Click (CPC) secara purata untuk sesuatu katakunci tersebut. Walaupun tidak semestinya tepat dengan apa yang kita perolehi, menggunakan aplikasi ini dalam jangkamasa yang panjang boleh memberikan kelebihan untuk kita membuat prediksi tentang katakunci target kita.
Aku suka versi terkini aplikasi katakunci Google Adwords ini. Lebih-lebih lagi bila mereka membenarkan aku melihat trend sesuatu keyword itu mengikut bahasa & lokasi. Katakan kau mahu melihat trend katakunci ‘Acha Septriasa’, kau boleh memilih bahasa Indonesia & negara Indonesia untuk melihat bagaimana katakunci ‘Acha Septriasa’ bermain-main di’sekitar sana. Malang’nya, bahasa Malaysia masih belum menjengah ke’dalam Googleplex. Bila lagi weh?

One Comment
marshallqai
December 17th, 2007
at 9:56am
sampai sekarang aku tak paham mail..ape ko ajar hari tu hampeh hasilnya…hjahaaahahaha