Wira Negara adalah Gay
NoktahHitam sudah menulis berkenaan perihal tentera Malaysia yang berkelakuan gay ini. Aku cuma mahu menambah perspektif yang aku ada terhadap perkhidmatan tentera.
Sejak aku sekolah menengah lagi, aku ada sedikit skeptikal dengan cara hidup seorang tentera. Aku sering di’sogokkan dengan mitos (konon’nya) yang tentera mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjadi gay. Walaupun keras dari sifat fizikal mereka, tetapi sifat mengambil berat sesama anggota tentera boleh menimbulkan rasa sayang yang luar biasa. Itu yang aku dengar.
Ketika tingkatan 3, ada satu ceramah di’adakan oleh pegawai tentera yang menyarankan kami untuk memasuki perkhidmatan tentera untuk menjamin masa hadapan. Aku tidak ingat apa butir-butir lanjut janji manis beliau kerana ketika itu (sehingga kini) aku anggap memasuki tentera adalah tindakan seorang loser. Ha!
Alasan yang biasa aku dengar, “aku masuk tentera untuk mempertahankan negara & membentuk disiplin diri”. Come on, tentera TIDAK akan menjamin kau lebih berdisiplin & bermoral. Disiplin datang dari dalam diri, bukan dari rutin harian yang berulang & sistem pangkat yang memualkan. Kau mampu menjadi orang yang berdisiplin dengan hanya berbaring melihat langit. Semuanya datang dari dalam diri.
Aku bukan anti-tentera walaupun aku ada pengalaman pahit dengan anggota tentera, tetapi aku anti dengan persepsi orang yang sistem tentera mampu mendisiplinkan dan membentuk individu yang lebih baik. Jutaan lagi perkara di’luar sana yang boleh membentuk diri kau dengan lebih baik.
Jika kau masih muda, elakkan perkhidmatan tentera & cari’lah hidup yang lebih luas di’luar sana. Jika kau punya anak, jangan galakkan mereka untuk memasukkan tentera sebagai cita-cita utama. Apakah kejayaan terbesar sebagai seorang tentera selain kenaikan pangkat?
Ketenteraan bukan passion. Berlari dengan pasir berat di’bahu saban hari bukan passion. Di’tinggalkan di’tengah-tengah hutan tanpa bekal makanan bukan passion. Passion tidak pernah menyusahkan sesiapa. Ketenteraan hanya jalan keluar untuk mereka yang tidak tahu yang dunia mempunyai 1001 pilihan yang lebih baik.
Anda seorang tentera atau kekasih seorang tentera? Sila ambil minyak tanah & bakar aku.
Popularity: 11% [?]
Comment by adil on 14 July 2008:
bergantung gak mael. tak semua tentera mcm tu…
btw, bukan tentera pon ada gay. :)
Comment by apisz on 14 July 2008:
Aku form 1-3 dulu amik PKBM .Memang penat gila seh, sekali perjumpaan at least mesti buat 100 kali pumping (ke bumping?) . Tentera best kalau kita mmg benar minat outdoor dan bencikan add. math. Hahah
skang aku masuk kelab komputer ngan PBSM .kehidupan dalam air-con .Oh indah!
* kau tak rasa template ni berat ke? ( abaikan kalau aku jer yang ada problem ni ) salamz..
Comment by Mohd Ismail on 14 July 2008:
@adil of course la.. kalau tentera yang kononya maha berdisplin tu pun boleh ade gay, apatah lagi org biasa ni.. ha ha
@haa! PKBM.. dulu kawan2 aku siapa masuk PKBM abes kool.. aku kata, wtf?! masa hujung minggu kau dirompak untuk rutin yang entah apa2.. ha ha
*ade jagging dlm scrolling.. akan fix sebentar lagi.. he he*
Comment by syam on 14 July 2008:
kool! aku suka cara kau memberi sebab kenapa tak perlu jadikan kerjaya sebagai tentera sebagai kerjaya pilihan. memang ada benarnya…
ps: komen aku dlm entri beego tidak menuju kpd sesiapa. ianya adalah perbualan antara aku dan kawan aku.
Comment by muhdzahari on 14 July 2008:
err..aku ade dengar pasal bende cam ni..
“atas kapal tak de pompuan, tu yang jd cam tu”
tp ade gak askar pompuan kan..kan?
Comment by Mohd Ismail on 14 July 2008:
@syam boleh jadi tentera, kalau da tatau nak jadi apa.. haha
@muhdzahari kalo nisbahnya 1:100, xkan la nak kongsi2.. ade engineer kapal pernah citer kat aku, krew kapal mmg selalu jadi ‘gay sementara’.. tak tahan punya pasal.. ha ha
Comment by mrkay on 14 July 2008:
aku pulak dari kecik lagi disogok dgn cerita yang tentera perempuan sgt lasak dan ganas diranjang.. dan sangat terbuka hal2 seks.. haha.. tak kurang yang aku dgr yg jd lesbian.. urmm.. tp atas kapal tak kesah kot kalo nak share.. hahaha.. *mampos aku kene maki ngan aweks army atau husband kepada tentera.. hahaha..
aku mmg nak masuk tentera dulu.. more to navy.. tp ayah aku buat mcm2 utk elak aku dari masuk tentera.. haha.. skarang aku ptt berterima kasih pada dia.. huhu
*ko dah tuka id ym kah? aku mau berchatting dgn ko seketika.. cukup susah nak contact ko privately la.. ades..
Comment by Extremist Thinker on 14 July 2008:
patik mahu menjadi kepala tentera menggantikan TPM tu. patik nak tadbir urus kasi baik. tentera muda digalakkan kahwin dan terus sign surat wasiat. tentera tua digalakkan mencebur diri dalam biz.
lagi satu kenyataan beramaran:
kalau taknak kenai gay, masuk Univ jangan ambil course BIO. ramai manusia sotong. patik bukan mangsa, tapi belajar hidup tersepit. nak kawan, disalah erti. tak nak kawan, dikata sombon. nasib patik punya awek empat belas orang. semua selamat. hehehhh.
Comment by sallikin@nikillas on 14 July 2008:
aku menunggu ko buat kaver pasal citer ni.. ngehehe.. well.. bapak aku pun pernah melarang anak² jadik tentera, polis dan pegawai kastam.. sebab² nye.. mudah sangat ambil menda kotor.. tol x..?? cari pasangan hidup yang telibat dalam ketenteraan pun dilarangnye.. hehe..
aku suka ko sentuh pasal disiplin dgn tentera tu.. nicely done..
p/s: bila masalah web ko ni nak setel..??
Comment by Mohd Ismail on 15 July 2008:
@sallikin berkenaan disiplin tu, aku sebenarnya org tentera jawab.. tp, org tentera x baca blog aku.. diaorg sibuk stadi camne nak letupkan org guna C4.. ha ha
*domain registrar aku sgt cilaka.. da berapa hari aku minta tolong tukarkan dns, x tuka2 lagi.. siot tul!*
Comment by zen on 15 July 2008:
huhu..ngeri jg baca nih..yang tentera xda nak komen ker tak pon yg teringin bomb blog mael nih..
Comment by mrkay on 15 July 2008:
domain registrar ko company mana? nape ko tak mintak password utk domain ko dan ko tukar dns tu sendiri. tak susah pon.. mintak je password ko.. ko ada hak utk simpan password domain ;)
Comment by razifmustapha on 15 July 2008:
in case kalau negara ni berperang, pastu semua taknak jadik tentera, basic pegang senapang, ilmu perang pun takde.
Ko sanggup nak pegi berperang ke en mael ? Main redah je? Tak bleh jugak ko taknak galakkan orang ramai masuk tentera beb.. Bukan nak backup tentera, takde sorang pun sedara mara aku jadik tentera. Tapi tentera penting jugak untuk negara kecik macam malaysia ni.
Diaorang gay ke tak gay ke, belakang punya kira la… Tapi lain la kalau satu divisyen, batalion semua gay sotong , haaaa itu parah la tu kalo nak antar berperang.
Comment by syam on 15 July 2008:
alahai mael. baik kau buat secara manual je penukaran dns server kau. buat apa nk tunggu org kat sana yang haprak wat kerja tu.
patutlah lama btul blog kau tak muncul dlm Feeds reader aku. padahal ada gak entri terbaru. skg macam mana ni? nk kene subscribe baru ke wahai encik mael?
Comment by Mohd Ismail on 15 July 2008:
@mrkay malaysiahosting2u.com.. aku mmg nak transfer utk urus sendiri domain tu.. tp company ni x reply2 lagi email aku.. diaorg cuti ke apa tatau.. x pernah jadi gini..
Comment by Mohd Ismail on 15 July 2008:
@razif secara purata, setiap hari kurang 1% rakyat Malaysia datang sini.. so sape2 yg tak terbaca saranan aku ni, masih ade kebarangkalian utk jadi tentera.. let them be =)
dan, negara kita xkan berperang.. kita x ade program senjata besar.. kita bukan negara Islam tegar.. bijih timah kita da abes.. petrol kita sikit.. indon & bangla je yang banyak.. kebarangkalian utk berperang atas sebab politik sgt tipis..
kalau perang, serius aku lari negara mana2… xde point rasanya nak berperang mempertahankan negara yang kerajaannya sekarang x menjaga rakyat sehingga terjadi perang… ha ha..
*ya, aku x patriotik langsung..*
Comment by sue on 15 July 2008:
before ni aku teringin nak jd tentera.. then…skrg pun masih ada keinginan..tapi belum ada guts..xtau naper..huhu.. no matter gay/not gay …that’s human being . .iskk..apa aku merapu nih .. ..ehe..jgn marah yer mael .. :D
Comment by Mohd Ismail on 15 July 2008:
@sue xde marah eh.. ko pompuan kan Sue?xyah jadi tentera la.. sistem tentera ni nnt akan jadi seperti pembedahan tukar jantina.. ha ha.. tulis novel lagi selamat (market novel kat Malaysia tinggi wooo…)
Comment by aman on 15 July 2008:
haha…aku dari dulu tak minat join tentera..haha
Comment by aman on 15 July 2008:
mane komen aku menghilang..? atau memang lambat mael?
Comment by Mohd Ismail on 15 July 2008:
@aman ade tu kuar dua bijik.. he he.. ko kene reload kot.. sebab aku rasa komen akan kuar immediately lepas telan Publish..
Comment by sue on 15 July 2008:
novel ? ahahaa…baca tak minat.. apa lagi nak tulis ..mmg bukan diriku langsung .. kekekee… xpe..bnyk lagi mende lain leh wat.. weh ..blog ko tak kuar smilies dah ke….before ni mcm bole je… ermm… :)
Comment by musnaz on 16 July 2008:
yang penting hati… mesti baekkk
Comment by videono on 16 July 2008:
bende nih dah normal. memang ada kat mana-mana negara punye..
Comment by mawarkudiamond on 17 July 2008:
~~uwaaaa…lakiku navy!!!..jauhkanlah…
Comment by mawarkudiamond on 17 July 2008:
~~reload pun tak kuar jugak..ish!ish!
Comment by Mohd Ismail on 17 July 2008:
@mawarku dah kuar dah tu.. kene tunggu sekejap kot =)
*berkenaan suami mawar tu, insyaAllah straight dia tu.. kalau da kawen ngan mawar.. =) jaga baik2 je..*
Comment by yonna on 17 July 2008:
aha..
jawapan yang saya cari selama ini!!
last 2 days i had received email pasal 2 org mamat palat ni..
mmg sumpah rase kembang tekak tgk gmbar diorg dalam bilik la..
peluk2 la..
what the… ???
memburukkan imej tentera ja!
Comment by xmindfreakx on 17 July 2008:
ahhhaaa…macam mana gay nak pergi perang…jumpa askar amerika yang lebih kekar,mau lentok nie..
Comment by kita on 17 July 2008:
betul kata u mail…disiplin datangnya dari diri….kaum kerabat aku sendiri ada anggota tentera tapi disiplin nya tetap hancur……
Comment by angel_baik on 17 July 2008:
aku sedang mempertimbangkan dikalangan mereka ini untuk menjadi pak we aku..
atas sebab2 di atas la aku masih belum memberi jawapan sehingga hari nie….
tapi.. tak patut salahkan semua askar, hanya kerana mereka berdua itu kan?..
Comment by orlen on 19 July 2008:
adehhh..tekanan aku tgk pic gei tuh..
adeh..adeh..otak aku xleh nak proses..
Comment by alone on 20 July 2008:
ini soal iman dan didikan agama.
huh. let them extinct.
Comment by Khai on 20 July 2008:
x baik ko kata macam tu… “tentera” seolah2 ko tujukan pada semua tentera yg mereka gay.. abg ipar aku seorang tentera.. dan dah mempunyai 4 orang anak dan bahagia bersama isteri tersayang..
Ko x leh cakap jadi tentera adalah seorang yg loser.. kerana kalau semua orang berpikiran macam kau, mungkinkah kau akan melihat seorang doktor mahupun peguam membawa senapang menyerang serangan musuh suatu hari nanti?
dan aku rasa kau tak berhak juga menasihat orang suoaya jgn menjadi tentera.. x boleh mael.. kalau takde orang nak jadi tentera, ko x risau ke?
sbb tu la Tuhan cipta manusia berlain-lainan minat.. ade orang jadi polis.. dan ade pula jadi penjenayah.. takde penjenayah, polis tak buat kerja kan? begitah simboliknya..
pikir2kan.. jgn marah haaa…. err.. apesal lama x nampak kat blog aku?
Comment by Khai on 20 July 2008:
tapi.. eeeeeeeeee.. geli la syial aku nengok mamat dua eko tu.. rasa nak pijak2 je.. mamalukan institusi ke’navy’an negara sungguh.. hehehe…
Comment by zainy on 21 July 2008:
jangan itu macam kawan asas Disiplin adalah iman, kalau dia beriman berdisiplinlah dia…………. kami ber5 yang membaca blog ni pun Mat Navy gak, cuba bayangkan negara kita diserang musuh kami gak yang nak jdi benteng pisang untuk korang…… bagi yang berduit (Datox2, Menterix2, Tan Srix2 dan ko skali) bolehlah nak lari. tapi orangx2 kampung yang miskin sape nk pertahankan…….kami gak yang kena.
Comment by Mohd Ismail on 21 July 2008:
@zainy itu lah aku kata dtg dari dlm diri sendiri.. rohani’nya..peribadinya.. =)
*pasal negara kita di’serang.. aku tak nampak dlm jangkamasa 10 atau 20 atau 50 tahun lagi, negara kita akan diserang,, tiada kepentingan utk negara lain serang melainkan pemimpin kita fucked up dgn negara lain.. maaf la kalau ade fakta yg aku tatau.. tp itulah, perang semacam mustahil da kat negara kita..
apa2pun, terima kasih kerana abang2 tentera baca blog aku.. tabik Tuan!*
Comment by rikiverona on 10 August 2008:
huiyooo….nie yg ak terase cam nak kopek je pangkat ni… ak training kat USNA..US Naval Academy….uncle ak(former CN) dlu study kat BRNC…Britain Royal Raval College..ramai org kate navy nie kaki pompuan….demmit..kehkeh…so skang da xleh la pakai “around the world fuck the girl”..kekekeke
ak xpnh nampak pun bloodyhell 2 ekor tu kat fleet….sape kah mereka?.konfem ke diorang tu navy?…pegawai navy xramai beb..around 2k je…leh knl sume maa..kalo betul mende ni mesti da kecoh satu fleet….
xmungkin perang..berharap camtu la k…war is about cost ……politik dunia skang xstabil…..
kengkadang ak nyesal gak jd askr ni..,paycheck kecik je…xpela..skit lg ak kuar la navy nie…jd engineer kat luar lak…letih jd pegawai navy….org bawah kite kene jg..pegawai kene jg diri sendiri..
sesungguhnya perbuatan mangkuk 2 ekor amat memalukan RMN…kalo ak jumpe diorang..mmg ak sumbat peluru bofors mk II kat punggung diorang..nak sgt btg..nah amek!!
sume org de hak utk meyatakan pendapat masing2..peace
Comment by Aisyah on 13 August 2008:
yeah, perang macam mustahil je kat negara kita, but we’ll never know when the time comes. kalau tiba2, berperang negara kita, defense system tak cukup, macam mana? Tak semestinya perang dgn negara luar. Ntah2, perang dalam. dahla politic mcm goyah je sekrang ni, so, preparation is necessary. sbb tu la kita belajar sejarah, taknak ulang sejarah tu. we cant predict the future. kalau apa2 jadi, cam severe bencana alam ke, tentera gak yang dtg tolong kan?
also, I don’t agree with you telling people not to join the army. If you don’t want people to join the army, don’t discourage. of course, it’s a blog, and it’s your right to blog whatever that you want. but, if no one joins the army and there’s no defense system, negara ni tak rasa secure la. macam, kalau takde polis kat malaysia. despite the roadblocks and corruptions, takkan aman Malaysia.
orang ada minat tersendiri. ada org masuk army sbb nak berkhidmat pada negara, ada jugak yg join sbb dia rasa takde org lain nak join, or, dia rs disiplin dia tu kena push sikit sbb mugkin kalau pada dia, disiplin dia tu takkan lahir dlm diri selagi takde org nak push.
Comment by Muax on 23 August 2008:
Tentera is a loser ??? Kerjaya dalam tentera adalah antara pilihan saya . Kerana apa??? Tentera adalah satu kerjaya yang hebat, bayangkan dengan latihan extreme, gaji yang sedikit tetapi ada juga orang masuk tentera semata-mata untuk berkhidmat pada negara, Perang tak perang tu lain citer, tapi ko buat apa??
Dalam banyak2 manusia kat dunia nih , sedikit sahaja masuk tentera berikutan daripada sistem yang extreme tertutama special force seperti komando, sniper, front line spy , green beret.
Orang macam ko banyak duit bolehlah lari dari negara sendiri, tapi lain2 camna?? sapa nak tolong?? tentera lah. Bila banjir melanda, sapa yang tolong?? tentera juga, bila ada bencana tentera gak dok tolong . Orang awam tak mampu nak masuk hutan, tak tidor tak makan jaga negara, why not you “berterima kasih” kepada mereka??
Perang ke tak perang ker tak yah peduli . Jaga negara tanggungjawab agama tak kira keadaan.
Kalau cam tu tak payah ler kunci ruamh sebab , kebanyakan rumah kat malaysia nih tidak pernah dicerobohi oleh pencuri.
Comment by Mohd Ismail on 23 August 2008:
@Muax point ko aku nampak satu je.. tertarik dengan tentera sebab latihan yang extreme.. ha ha.. sebab ko minat outdoor kot.. org biasa pun leh buat benda2 extreme ni.. =)
cuma buat benda extreme dlm tentera berbayar ye x?
bukan setakat banjir malapetaka je.. kalo ade konsert pun, tentera gak kene kerah.. ade keraian sambutan kemerdekaan.. tentera juga.. PM datang melawat kawasan.. tentera juga.. terima ye abg2 tentera.. =)
Comment by Muax on 24 August 2008:
Point aku ada dua , satu lagi pasal “siang malam training , tak makan tak tido jaga negara” ko buat apa???
Aku pun nak kata juga “blogger penipu , pembohong!!!” adil ker?
Point ko mengatakan , tak payah tentera , pasal potensi negara untuk berperang tak da, weh kalau cam tu tak payah nak kunci motor, kunci rumah , bukan pencuri masuk pun tak da pun apa barang berharga kat umah nih.
Point kedua , ko kata kalau perang ko nak lari?? ko ni memang jahanam lah sebab apa yang ko dapat skang pun kerana negara nih aman kan?? kalau perang lari?? aman duduk diam?? weh kalau cam tu ko mohon kerakyatan negara lain . Tak payah dok Malaysia .
Tahupun ko kata “disiplin datang dari diri” , so kenapa salahkan sistem latihan tentera yang kononya sebabkan “amalan gay” ??? back to the basic , gay pun datang dari diri sendiri.
Zaman sahabat pun ada latihan BERKASIH SAYANG ANTARA LELAKI . Ada kes gay ker?? tak da kan , sebab berkasih sayang kerana Allah .
Gay datang dari diri oleh iman yang lemah . Kenapa nak salahkan sistem??? weh enjin keter yang rosak jangan salahkan jalan yang berlubang . :lol: .
Comment by Mohd Ismail on 24 August 2008:
@muax xmakan xtido jaga negara tu aku anggap sebagai hyperbola.. =) training siang mlm masih dalam kategori extreme.. =) so, point ko masih sama..
berbalik kepada entri aku, aku xnyatakan yang Malaysia TIDAK PERLUKAN tentera.. aku cuma menyentuh perihal individu yang menyertai tentera.. aku cuma menyarankan org supaya tidak menjadikan tentera sebagai satu kerjaya yang mereka nampak sebagai jalan terbaik =)
aku cuma DENGAR & TULIS SEMULA tentang sistem tentera yang melahirkan gay ni.. bukan’nya datang dr pendapat aku..
Comment by Muax on 24 August 2008:
Point aku tetap 2 , bukan aku kira yang tak tido siang malam tu tapi “susah payah” tu yang aku respek . Susah payah kerja dengan gaji yang sedikit , dengan macam2 hal lagi.
Susah payah itu yang aku hargai . Yang mana saya dan ramai lagi rakyat malaysia tidak mampu untuk bagi pada negara.
Sedara aku bekas Elit Komando , susah payah dia bagi pada negara untuk muda mudi macam kita lah ; sampai sakit .
Comment by whitelim on 24 August 2008:
“Sejak aku sekolah menengah lagi, aku ada sedikit skeptikal dengan cara hidup seorang tentera. Aku sering di’sogokkan dengan mitos (konon’nya) yang tentera mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjadi gay. Walaupun keras dari sifat fizikal mereka, tetapi sifat mengambil berat sesama anggota tentera boleh menimbulkan rasa sayang yang luar biasa. Itu yang aku dengar.”
Saudara,Saya terpanggil untuk membetulkan apa yang saudara nyatakan diatas.
Saya tak tahu siapa yang menyogok saudara dengan mitos tu….( geli geman saya dibuatnya).
Tentera tidak pernah dilatih untuk mempercayai MITOS……
Dan macam mana saudara tahu bahawa anggota tentera itu KERAS dan Segi Fizikalnya?..saudara ada pegang mana-mana bahagian angguta tentera ke? Bagaimana saudara tahu ye?? keras atau tidak??.
Juga saya tak tahu dari sumber mana saudara gunakan untuk memberitahu bahawa keberangkalian yang tinggi angguta tentera menjadi GAY…… statistik??…jernal?? lapuran tahunan???. Apa sumbernya…..
Sifat mengambil berat sesama sendiri adalah hasil dari latihan keras semasa rekrut……dipupuk semangat kerjasama dalam satu kumpulan…kerana TENTERA tidak bekerja berseorangan……mereka kerja berpasukan……. mesti satu hati…..barulah berat sama dipikiu dan ringan sama dijinjing.
Kasih saya yang luar biasa….bolih menyebabkan mereka sanggup berkorban demi persahabatan. Mereka mengambil berat diantara satu sama lain……kerana semangat kerja berpasukan…….
Mereka menjaga keamanaan negara bukan berserorangan…..berpasukan……. Jadi hati mesti satu……tidak berbelah bagi….
“Pegawai tentera yang menyarankan kami untuk memasuki perkhidmatan tentera untuk menjamin masa hadapan”—
Memang benar…..satelah tamat perkhidmatan…..mereka ada pencen…..mudah membeli rumah….kereta…..apa juga harta benda.
“Alasan yang biasa aku dengar, “aku masuk tentera untuk mempertahankan negara & membentuk disiplin diriâ€?. Come on, tentera TIDAK akan menjamin kau lebih berdisiplin & bermoral. Disiplin datang dari dalam diri, bukan dari rutin harian yang berulang & sistem pangkat yang memualkan. Kau mampu menjadi orang yang berdisiplin dengan hanya berbaring melihat langit. Semuanya datang dari dalam diri.”
Tiada maksud lain…..tentera adalah benteng pertama kalau berlaku serangan dari pihak luar…..
Membentuk displin diri……ini adalah satu kelebihan utama kalau masuk Tentera……Displin adalah satu perkara yang amat payah nak dibentuk……dalam tentera diajar semua bentuk displin……Displin diri…displin pakaian…..displin menghormati orang atasan…..displin menghormati masa…dan bermacam-macam displin DIRI.
Displin-displin diatas hanya dapat dibentuk dalam tentera….kerana nak melahirkan TENTERA BERDISPLIN….Tentera tanpa displin…..hancur negara.
Mungkin saudara tak tahu apa itu displin TENTERA…..saudara melihat dari jauh sahaja…….saudara bolih cakap apa sahaja berkenaanya…tapi apa yang saudara cakap dan tulis tu….benar-benar membayangkan yang pengetahuan saudara tentang displin amat cetek……
Displin tidak mampu dibentuk hanya memandang kelangit….DISPLIN tidak lahir secara spontan……ianya mesti ditunjuk ajar dan dididik……kalau tidak IANYA AKAN KURANG AJAR.
Saya juga tak tahu apa pengalaman pahit yang saudara alami…..dengan pihak tentera……..tapi saya dapat agak apakah bendanya……..sdaya percaya saudara tak suka didisplinkan……
Cuba saudara bagaitahu saya…kenapa kebanyakan Pusat Pengajian Tinggi mesti ada……latihan TENTERA……
Disekolah menengah…..kenapa ada KADET REMAJA…….
Kastam….ST John Ambulan……Pertahanan Awam..dan banyak lagi badan beruniform dilatih ala TENTERA…….
Cuba saudara ingat…pada 31 Ogost…2008 nanti……semua kontijen akan berarak ala TENTERA…..
KENAPA….?
Tak bolih ke mereka berjalan macam biasa……….lenggang mak inag…..
Apa bentuk perbarisan tu nanti???…
“Ketenteraan bukan passion. Berlari dengan pasir berat di’bahu saban hari bukan passion. Di’tinggalkan di’tengah-tengah hutan tanpa bekal makanan bukan passion. Passion tidak pernah menyusahkan sesiapa. Ketenteraan hanya jalan keluar untuk mereka yang tidak tahu yang dunia mempunyai 1001 pilihan yang lebih baik.”
Apakah ini pengalaman pahit saudara dalam tentera……???
Saudara silap BESAR dengan mengatakan Ketenteraan hanya jalan keluar untuk mereka yang tidak tahu yang dunia mempunyai 1001 pilihan yang lebih baik.
Tentera tidak perna bawa tepak sirih…kerumah-rumah…merayu rayu supaya rakyaat Malaysia masuk Tentera…… Tentera buat iklan…..menyatakan syarat-syarat nak menyertainya……
Akhir sekali……..cubalah masuk Tentera…..dan salepas tu perhatikan..perbezaanya SEBELUM dan SELEPAS masuk TENTERA.
Comment by wan mohd kamal on 16 September 2008:
memandangkan ada kotak komentar yg tersedia di sini jadi saya rasa ingin komen sedikit walau tidak sebanyak mana …
apabila membaca threat kali ini, seolah2 saudara amat bangga kerna tidak patriotik , men’war2′ di dunia maya ini , tidak tahulah tujuan yg sebenarnya, bangga kerna tidak hipokrit mungkin , iaitu di antara kalangan minoriti masyrakat skrang, saya sdkit kagum dari sudut itu ..
ada di antara kalangan mereka yg memasuki askar mengunakan alasan utk berdisiplinkan diri, mmg betul kata2 saudara mana2 pekerjaan pon sama , asasnya yg sama shj
.. tp bg saya alasan itu tidak penting, cuba kita pndang dr sudut global..
askar2 ini wujud atas alasan utk pertahankan negara, iyer mana lah peperangan akn berlaku utk sekitar 10 taun ini.. tp jika kita pndang sudut dunia pula, ada askar2 ini juga dihantar ke negara2 islam, meredah bahaya peluru berterbangan,membantu walaupon tidak dpt melawan kuasa veto kafir yg berkuasa ketika ini, mmbantu mangsa2 perang, kanak2 , wanita2 , bg bantuan makanan , malah askar juga ada di antara mereka doctor , walau pertolongan itu tidak seberapa, tp sekurangnya membantu .. wujudkah di kalangan blogger2 yg memiliki pd blog mereka dgn adsense, nuffnang,adverlets yg sanggup ke luar saner utk membantu mangsa2 ini?
jgnlah kita memyempitkan sudut itu .. ada yg menjadi askar kerana niat adlah kerana Allah, jgn memperkecilkan sebuah pekerjaan kerna itu adlah salah satu sumber rezeki drpd segenlintir manusia yg meminta sedekah sedangkan diri itu mampu utk bekerja ..
tp mamdang sudut yg lain , mana2 pekerjaan2 pon , menjadi gay skrang ader di mana2 .. seolah-olah menjadi trend, wjud pusat2 hiburan di luar sana, yg khas golongan ini, dlm internet tidak usah pertikaikan lah, cukup d myspace berlambak2, dan berani dedahkan identiti mereka.. emm tertanya2 , adkah mereka patriotik terhadap negara kita?
kena bertanggungjawab setiap penulisan kita walau hanya 1peratus yg membaca.. selamat berpuasa dan menyambut bulan ramadhan…
Comment by arynet on 16 September 2008:
baru terbaca entri ini..
berkaitan dengan gay ni.. sudah wujud sejak zaman nabi luth lagi.
Petikan “Disiplin datang dari dalam diri, bukan dari rutin harian yang berulang & sistem pangkat yang memualkan. Kau mampu menjadi orang yang berdisiplin dengan hanya berbaring melihat langit. Semuanya datang dari dalam diri.”
Sebagai muslim, solat juga dapat mendisplinkan diri. Ianya adalah sebagai rutin harian, Bagaimana pendapat saudara. Untuk mendisplinkan diri, kita perlu dilatih, begitulah dalam sistem latihan ketenteraan.
Comment by saya on 17 September 2008:
emm mengapa ni saudara mael, penulisan kali ini amat melambangkan keangkuhan, ke disbbkan agak terkenal dlm dunia blogging? telah lihat gamba yg ada di noktah hitam nyer blog, mmg den nak termuntah TAPI dr segi pendapat d atas langsung tak leh dterima dek akal, dlm noktah hitam pn tidak mengulas panjang psal ini hanya letak picture shj.. btul kate kamal, walau sedikit yang membaca kena tanggungjawab , jikalu tidak err masuk jail samer sperti blogger yg terkenal itu lol :P ..
hati2 lah ketika mengeluarkan kenyataan , jgn gelojoh dan gelabah org2 tua kata hee
Comment by Beruang Madu on 17 September 2008:
Pada Abg Bear, kebencian terlalu terhadap kaum gay telah menyebabkan kita tak kisah kepada masksiat sebenar bilamana perempuan bercampur dengan lelaki dianggap patut walhal haram hanya disebabkan oleh phobia pada golongan gay…
Comment by syafira on 19 September 2008:
pendapat beruang madu setuju sesangat ,,