Yahoo! Mail BETA, aku jatuh cinta!
Jujur cakap, aku bukan seorang peminat Yahoo! dalam apa segi segala pun. Aku tidak menggunakan Yahoo! Mail dengan ekstrim sehingga menjadikan ia sebagai klien e-mail utama. Semenjak dari dulu sehingga ke hari ini, aplikasi keluaran Yahoo! yang paling kerap aku gunakan hanya’lah Yahoo! Messenger. Lain tarak. Nil! Tetapi, hari ini, Yahoo! Mail Beta mengubah cara aku menggunakan internet atau lebih spesifik, menggunakan Yahoo!
Beberapa hari lepas, aku terbaca-baca tentang komentar orang ramai di’dunia internet ini berkenaan keluaran baru Yahoo! Mail Beta. Ramai yang memuji-muji akan kecanggihan aplikasi terkini Yahoo! ini dan tidak kurang juga yang mebandingkanaplikasi baru ini dengan aplikasi dari Google. Di’sini, aku awal-awal menyatakan pendirian aku sebagai pengguna yang telah menggunakan aplikasi dari kedua-dua’nya, Google & Yahoo!, aku suka untuk menyatakan Yahoo! sekarang jauh ke’hadapan berbanding Google. Dan, jika Yahoo! adalah seorang gadis, pasti akan ku sunting menjadi suri hidup. Ha ha.
Pertama’nya, papanmuka (dashboard) Yahoo! Mail Beta ini jauh lebih kemas & menarik dari perkhidmatan e-mail lain, termasuklah GMail. Walaupun Gmail menggunakan papanmuka yang lebih ringkas & mempercepatkan masa loading, tetapi apa yang Yahoo! Mail Beta miliki adalah lebih kepada pemanis mata (eye candy). Iklan di’dalam Yahoo! Mail Beta jauh di’campakkan nun di’sebelah kanan, langsung tidak mengganggu urusan pengguna untuk membaca & menulis e-mail. Dan, ya! Papanmuka Yahoo! Mail Beta ini juga memaparkan berita-berita terhangat & terkini dari Yahoo! News. Itu sebagai alternatif jika inbox kosong di’pagi hari. Bijak ‘kan?
Keduanya, idea mamat mana yang terlalu genius untuk meletak’kan tab di’dalam e-mail? Gila kau. Tab boleh di’gunakan di’mana-mana, tetapi tidak pernah aku jumpa tab di’gunakan untuk membaca e-mail. Dan, dengan tab ini, kau boleh membaca e-mail, menulis e-mail dalam satu masa. Just switch it! Aku suka’kan fungsi ini lebih-lebih lagi jika aku perlu membalas e-mail yang panjang. Aku boleh merujuk kembali e-mail yang perlu di’balas dengan tab yang berlainan. Oh teknologi! *Disclaimer - Tulisan yang di’tunjukkan dalam gambar semata-mata bertujuan untuk memberi contoh, tiada kaitan dengan sesiapa atau mana-mana Datuk.
Ketiganya, walaupun fungsi ini ada hampir pada semua perkhidmatan e-mail, tetapi antivirus yang ini sangat menyenangkan aku. Yahoo! Mail Beta mengimbas file jauh lebih cepat berbanding Gmail menurut pengalaman aku menggunakan koneksi internet universiti milik penuh kerajaan ini. Ini memudahkan dan mempercepatkan muatturun file-file tertentu yang sering di’hantar oleh rakan sekuliah melaui e-mail. Sebenarnya, kampus aku tidak perlukan e-mail untuk menghantar file sesama pelajar, kami mempunyai Yahoo! Messenger, Skype ataupun MiRC sebagai platform. Tetapi, ada 2,3 orang pelajar yang kurang faham dengan perkhidmatan sebegitu. Maka, penghantaran file melaui e-mail lebih mudah bagi mereka. Apa saja!
Dan yang terakhir dan pemusnah cinta aku kepada Google, pembaca RSS terbina-dalam (built-in RSS reader). Google mempunyai perkhidmatan e-mail dan juga pembaca RSS yang di’gemari ramai. Walaupun kedua-duanya mempunyai susunatur (layout) yang hampir serupa, agak sukar untuk Google menyatukan dua komponen penting ini dalam perkhidmatan mereka. Dan, Yahoo! mendahului Google dengan kelebihan penggabungan ini. Bukan’kah mudah jika kau boleh mebaca berita dari Yahoo! News, membaca e-mail kiriman gadis meja hadapan, dan membaca Mohd Ismail dot Com melalui pembaca RSS di’dalam satu tetingkap yang sama?
Kepada yang belum mencuba Yahoo! Mail Beta, aku sarankan untuk kau cuba. Jika kau pernah menggunakan aplikasi Google seperti Google Reader & Gmail, kau nyatakan pada aku, mana yang lebih kau suka sekarang, Yahoo! atau Google?
Popularity: 13% [?]
Comment by Bat on 20 September 2007:
Okeh, cepat tukar ke yahoo beta! Haha..
Comment by omarbahrin on 20 September 2007:
aku setia ngn gmail…ahahah…sowie yahoo beta…:P
Comment by vangardx on 20 September 2007:
aku still guna yahoo classic, tak switch2 pun walaupun kerap kali ditanya :p
Comment by sankai on 20 September 2007:
yahoo beta tidak mempunyai backward compability….walaupun ramai dah pakai xp, tapi masa ada segelintir insan pakai win 98 macam yang aku pakai sekarang utk komen hantar komen ini dan yahoo tidak menyokong win 98….aku jugak macam omar…setia pada gmail :p~
Comment by BAGAK on 20 September 2007:
bukan 2 malah 3,
tidak cukup dengan 2 aku mempunyai madu ke 3 iaitu hotmail
kenapa kau tak bandingkan ketiga2 penyumbang email percuma
yang mana madu yang tua, hotmail pun sudah pasang badan setaraf dengan yahoo
p/s hotmail ku sudah berusia 12 tahun (1995)
Comment by Qaiyum on 20 September 2007:
Sudah Ada Yahoo! Mail Beta. Tapi Lebih Kerap Menggunakan GMail. Huhuhu..
Comment by arynet on 20 September 2007:
rasanya nak guna yahoo kembali.. sbb gmail buat hal pulak dengan ary.. ada ke patut nak suspen/block email. gelabah habis.. tunggu je la 48 jam lagi.. jadi camana.. adehh..
Comment by Wizurai on 20 September 2007:
buka Yahoo Mail versi ni dah lama ke?
aku selesa dgn GMail…
agak lama tak guna Yahoo Mail…
lagipun dgn GMail, aku boleh guna id Wizurai…
Comment by Rjuna on 20 September 2007:
pilihan aku Google Reader dan Gmail rekomen 100%, kami mahukan simple saja
Yahoo Mail Beta bagi aku menyemak mata dan nampak canggih sangat, ia boleh membunuh niat anda ingin membaca email mahupun salesletter kih kih
tapi tetap guna YM
Comment by shafril on 21 September 2007:
Aku pulak tak pakai gmail atau yahoo
ada lagi baru punye… hooreyy.com
he he he
Comment by angel_baik on 21 September 2007:
aku dah pernah cuba yahoo beta nie universiti penuh milik kerajaan seperti engkau mael, tapi kenapa asyik loading jer…. 48 jam dah aku tgu dan akhirnya aku berputus asa dan kembali m’gunakan yahoo klasik…..
**male, ko ader kenal tak mana2 budak EE, aku ada nak minta depa buat projek skit. ko tolong rekemen sorang..
Comment by famia on 21 September 2007:
sebagai penggune tetap Yahoo!Mail Beta..
1) Performance: bapak sengal jugak nak menunggu koleksi email di aplod ke inbox.. nak2 kalo inbox dah reach capacity 75% ke atas..(Pre-Condition: internet connection speed haruslah laju)
2) User Interface: hehe.. oke la… cun.. senang nak gune.. sbb ajax based.. makanya adelah oke sket kot.. (AJAX memang cool gile.. tp jenuh la nk nunggu mase first loading tu..)
lagi..
kalo client site/univesiti anda banned penggunaan YM… bukak je yahoo mail.. pastu bley sambong chat kat situ.. bagos bukan..
shortcut sangat banyak.. lebih user frenli bagai…
Google Mail vs Yahoo!Mail…
masing2 ade pros n cons sendiri..
vote for Yahoo!Mail Beta..
hehe..
Comment by khai on 21 September 2007:
baru arini ko nak pakai ye mael? hehehe…
famia, di tempat saya belajar, YM kat Y!Mail pon dia disable kan.. sakit je hati.. hahaha……
mael, ade yang kau tak sebut kot.. atau aku terlepas baca… Y!Mail takde limit dah dia nye space…. macam biasa, CEO google dan lain lain terduduk! bak kate ko.. hehehe….
alternatif baru untuk send file mp3 kepada rakan2… just upload once, and forward, forward, forward…tanpa sebarang belas kasihan!! haha
Comment by khai on 21 September 2007:
mael, mana iklan advertlets ko?
Comment by saharman on 21 September 2007:
Aku setia pada Yahoo dari akhir tahun 2001 lagi …iaitu email pertama aku yang aku daftar masa di Hong Kong untuk berkomunikasi dengan bos s aku masa ada problem dulu …sempai sekarang terus guna dan tak perlu log in YM lagi kerana Yahoo mail akan terus aktifkan messanger tu…lagi pun sekarang Yahoo mail unlimited…
Comment by Noorizam Shah on 21 September 2007:
memang giler kentang betul yahoo nih.. hoho
Comment by abdfatah on 21 September 2007:
saya guna msn daaaaaaaa…. mana nak guna yahoo atau google mail?
begitu sekali yahoo beta? namun kenapa jadi lembab semacam je…tatkala nak loading yahoo mail???
streamyx slow agaknya??
nak guna hotmail aje laaa… miahahahahaaa…
Comment by omarbahrin on 21 September 2007:
yaya…aku setuju ngn sankai…idup gmail!!!
Comment by omarbahrin on 21 September 2007:
yayya…baru juga aa yahoo mail ni baru meletupkan had sesebuah akaun..menjadi tanpa had…dan gmail dari dlu lagi mengira saiz had akaun die…dan semakin meningkat…
pendek kata persaingan sihat dedua pihak memudahkan kita sebagai pengguna..
Comment by mixterr on 21 September 2007:
yahoo mail beta slow la. web lain seperti meebo gune teknologi ajax jugak tapi laju je. aku pakai yahoo mail lame je…
Comment by mixterr on 21 September 2007:
sama ngn aku.. lebih laju…
Comment by mixterr on 21 September 2007:
mael kan ade iklan baru 0.99 sen sehari.. lebih kayo tu..
Comment by megat on 21 September 2007:
yeah Yahoo unlimited! pastu paling best pasang speaker kekuat pastu klik kat tanda seruan “!” ada sound wakaka
Comment by emptyspace on 21 September 2007:
bukan ke yahoo mail beta ni dah lame? ouh maybe aku ter”apply” awal dulu kot..
tahukah anda Yahoo banyak meniru Gmail.. sejak ada Gmail, aku ceraikan Yahoo.. aku sekarang setia bersama Gmail.. die pun sayang aku skang..
yang masih aku tidak ceraikan ialah Yahoo Messenger sahaje.. Google Talk tak dpt menawan hatiku
Comment by muhdzahari on 21 September 2007:
Yahoo Mail Beta dulu hanya ada kat Yahoo Mail .co.uk. masa tu saya guna yang .co.uk. lepas tu bila guna .com, tak de pun lagi beta ni. lepas beberapa bulan baru ada. saya dah lama guna beta walaupun Gmail pun ada gak..
Comment by hafreze on 21 September 2007:
ooo..yahoo beta..aku sudah lama pakai..tp satu jer bende nie kelemahan die..kuat makan ram…psl setiap 3 saat dok ping server jerk..haha..tp yg len sume ok..aku suke tab die tue..sng tk kaco urusan2 len
Comment by Wizurai on 21 September 2007:
aku rasa email ni dah lama… masa aku kat kampus lagi dah ada… mungkin ada peningkatan dlm ciri² dia… masa kat kampus dulu, aku pernah cuba sekejap, mcm berserabut je… terus aku malas guna dan tukar kepada asal…
Comment by Qaiyum on 22 September 2007:
Kenapa Tidak Pakai E-mel Domain SEndiri? Dan Menggunakannya Di Platform Outlook Express Mahupun Windows Mail? Hehe..
Comment by pluginbaby on 22 September 2007:
thanks sbb visit.. aku hadiahkan aku comment spam.. lol.. xde r… aku still prefer gmail.. huhu
Comment by khai on 22 September 2007:
sebabb… sebabb….
bila pakai Y!Mail, bila kita bukak Yahoo messenger (1st punye bukak bila connect internet) terus leh tahu ade email baru ke tidak…
x payah susah2 nak bukak outlook…. and x payah risau pasal virus… coz Y!mail dah build in ngan anti virus… anti virus dari Y!Mail + anti virus pc sendiri = lagi masyuk!!!!
lagi satu, risiko guna email yahoo atau gmail sangatlah kurang sehingga 0.000001 untuk hilang.. daripada web sendiri….
just my 50cent ntuk beli air tebu.. kakaka..
Comment by Zik on 22 September 2007:
GMail tetap best bagi aku. Lama jugak cuba Y!Mail Beta ni tapi antara tiga penyedia email percuma gmail, hotmail, dan yahoo lah paling lembab. Aku lebih suka pakai classic.
Hotmail sekarang telah naikkan nilai simpanan di akaun sebanyak 5GB hahaha. Saingan makin hebat tapi gmail milik google tetap menjadi pujaan.
Satu jer aku tak suka antara gmail dan yahoo ni. Spam banyak sangat masuk huhu. Hotmail relax jer.
Comment by iziana on 22 September 2007:
aku suke yahoo
tp byk spam
gmail jarang2 spam
hotmail interface tak mnarik hatiku
hahaha
apa yg cuba aku sampaikan sbnrnya?
kesimpulannya, aku da 3-3 email tu
haha
Comment by kucau on 22 September 2007:
google still the best,period . hehe
Comment by emptyspace on 22 September 2007:
ping server kuat makan ram? bukan kuat makan bandwidth?
Comment by phyzhoe on 23 September 2007:
yea gmail tetep da best. walaupun sejauh mana yahoo mengupgradekan mailnya.haha..Aku guna gmail buat storage tapi kalau pandang dari sudut interface dan user friendly yahoo menang kot. Tak tau lah. Aku ada yahoo mail dan gmail..yahoo untuk mail saje gmail untuk storage
Comment by jasmine on 24 September 2007:
aku tetap setia dgn yahoo! sejak aku mula kenal interneettt
Comment by musnazdotnet on 24 September 2007:
cayalah mael! join the club! yahoo beta memang best! sempoi pon sempoi….
Comment by Mohd Ismail on 24 September 2007:
heheh… belum tahu lagi aku lekat dengan Yahoo! Mail ni, GMail dah bikin test-drive e-mail baru… ha ha.. aku tunggu GMail baru!
Comment by Ayie on 27 September 2007:
Oh aku sudah tentunya pilih gmail & google reader. Tapi tak pernah terpikir nak buang Yahoo! Keduanya ade kelebihan tersendiri.
Comment by enicha on 5 October 2007:
jujur gw masih ga terlalu ngerti sama yaho beta…awalnya sih gara2 pas lagi daftar bikin yahoo email eh gw mencet buat masuk ke yahoo beta juga…!!!
pas gw buka sih bisa2 aja ke yaho emailnya,,tapi tampilan pertamanya ke yahoo beta dulu baru gw GO TO YAHOO MAIL,ribet sih emank…!!! tlong di jelasin ke gw yach..??? kirim email aja ke enicha_ajah@yaho.com/kasih comment aja ke fs gw di enicha_ajah@yahoo.com
plz yach bales……………………..